Thursday, 5 January 2012

TANAH



Pengenalan

1.       Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
2.       Tanah mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.

LAPISAN TANAH LAZIM
CIRI-CIRI
Tanah atas
·terdapat sisa tumbuhan dan haiwan
·ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur
·pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi
- akar tumbuh dengan baik.
·Tempat tinggal hidupan tanah.

Tanah bawah
·berada di bawah tanah atas
·lebih padat
·mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap.
·Lapisan keras – halang akar tumbuh dan pengaliran air.
·Sedikit organisma hidup
Batuan
·Bahan induk tanah.
·Alami proses luluhawa.

Susunan profil tanah :  

Sisa tumbuhan dan haiwan
Sisa tumbuhan dan haiwan
Tanah bawah
Batuan


Kepentingan Tanah

1.        Memberi sokongan mekanik kepada akar
·          cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak
·          dapat terima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
2.        Membekal nutrien kepada tumbuhan.
·          tanah simpan nutrien
·          sebahagian berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput.
·          baja yang diberi bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah.
3.       Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan
a.     Udara tanah mengandungi gas CO2 , Odll
·          CO2 lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi organisma tanah dan pereputan bahan organik.

b. Air tanah
·          wujud dalam bentuk :         - filem yang meliputi kumin tanah.
                                                        - wap dalam rongga tanah
                                                        - cecair (mengalir dalam rongga tanah)
  
Komponen Tanah

1. Bahan mineral    -   45 %
2. Air                     -   25 %
3. Gas                   -   25%
4.Bahan organik     -   5 %


Bahan Mineral

i.        Bahan mineral tanah (inorganik)
1.       Terdiri dari kumin mineral - pasir (kuarza), kelodak dan liat hasil proses luluhawa.
2.       Kuarza mengandungi silika dioksida.
3.       Kumin pasir dan kelodak mempunyai silika dioksida tinggi – tidak terlibat dalam tindakbalas kimia dalam tanah.
4.       Kumin liat terdiri dari silika oksida, oksida ferum dan aluminium.

ii.       Bahan Organik
1.       Humus ialah hasil akhir pereputan bahan organik.
2.       Ciri Humus 
·          stabil
·          berwarna gelap
·          tidak larut dalam air
·          menyimpan air
·          menyimpan kation
3.   Sumber bahan organik  - sisa tumbuhan dan haiwan, najis, tumbuhan dan haiwan           
      mati
4.   Bakteria dan kulat merupakan agen penguraian yang mengurai bahan organik di
      dalam tanah.


Kesan baik bahan organik

1.       Membekal nutrien kepada tumbuhan
·          Mengandungi N,P,K,Ca dan Mg.
2.       Membaiki struktur tanah. 
·          humus sebagai bahan pelekat – melekatkan kumin tanah membentuk agregat tanah.
·          susunan agregat ini dipanggil butirapuh. Susunan agregat butirapuh memberi pengudaraan dan saliran yang baik.
3.       Menambahkan daya penampungan air tanah.
·          bahan organik dicampur dengan tanah pasir menambah daya penampungan air.
              4.   Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah.
·          pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas yang berupaya menarik ion Ca, K, Mg, Fe, Zn, Bo.
·          Ion ini diikat  pada bahan organik kerana bahan organik bercas negatif  dan tidak mudah hilang melalui larutresapan.

iii.      Udara
                1.    Rongga tanah yang tidak diisi dengan air akan diisi oleh udara.
2      Gas tanah mengandungi banyak karbon dioksida dan kelembapan tinggi berbanding di amosfera.
3.   CO2 lebih banyak kerana respirasi akar dan organisma tanah dan pereputan  bahan       
      organik di dalam tanah.  COterperangkap di dalam tanah.
4.   Gas oksigen tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah

iv.      Air
1.       Rongga tanah halus dipenuhi cecair dan rongga lebih besar terisi gas.
2.       Kandungan air tanah pada paras muatan medan memastikan bekalan oksigen mencukupi.
3.       Ciri-ciri muatan air tanah :
a.     muatan medan (had basah tanah) –  keadaan di mana rongga tanah dipenuhi oleh air dan masih terdapat ruang udara
b.     tanah tepu air – semua rongga tanah dipenuhi air, tiada udara. Air berlebihan 
      dan akar tumbuhan terendam di dalam air
c.     had layu(titik layu) – terdapat terlalu sedikit air dalam tanah dan tidak dapat diambil oleh akar. Kesannya pokok akan layu.

v.       Organisma Tanah    

1.     Dua kumpulan iaitu mikroorganisma dan makroorganisma tanah.
·          Tertumpu di kawasan dekat akar.

Jenis organisma
          Ciri dan peranan organisma kepada tanah
Bakteria
·   Terlibat dalam proses pereputan sisa organik
·   Penting dalam peredaran C,N,P dan S dalam tanah.
Aktinomisit
·   Ciri antara bakteria dan kulat
·   Keluarkan hifa
·   Penting dalam proses pereputan Sisa Organik.
Kulat

·   Peranan penting dalam pereputan bahan organik.
·   Bersimbiosis dengan akar tumbuhan
Nematod

·   Membantu pereputan bahan organik
·   menggunakan bahan pereputan bahan organik
Alga
·   menggunakan cahaya untuk jalankan fotosintesis
·   menukar CO2 kepada O2 di sawah padi.
·   Setengah alga menyerap N daripada udara dan sampaikan
   kepada pokok padi..
CacingTanah

·   Gaul hasil reputan daun di atas tanah.
·   Bawa tanah dari satulapisan ke lapisan lain.
·   Membaiki pengudaraan dan saliran tanah- lubang digalinya.
·   Tinja mengandungi kalsium- menyubur tanah.

Sifat fizik tanah

Warna tanah

Tekstur tanah

Struktur tanah
Warna tanah

1.       Warna menggambarkan keadaan fizikal tanah, kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
2.       Tanah berwarna gelap (hitam keperangan) lebih subur.
3.       Tanah pudar (kekuningan) – paling tak subur.
4.       Tanah sederhana gelap (perang kekuningan) – sederhana subur
5.       Warna tanah dikenalpasti dengan membandingkan warna tanah dengan carta warna Munsell.

Warna tanah
Ciri-ciri tanah berdasarkan  warna
Merah
·kandungan oksida ferum
·saliran dan pengudaraan baik
·terdapat di lereng bukit
·sesuai tanaman getah dan kelapa sawit
Perang
·Kandungan oksida ferum dan bahan organik
·Saliran baik
·Subur
Kelabu
·Oksida ferum dan oksigen kurang
·Saliran kurang baik dan menakung air
·Kurang beroksida
·Pengudaraan kurang baik
·Sesuai tanaman padi
Kehitam-hitaman
·kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi
·menakung air dan pH rendah
·bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen
·tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar.
·Tanaman sesuai – nanas dan sayuran
Putih
·Banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit.
Kuning
·Oksida ferum berpadu dengan air.
·Saliran baik
·Lebih lembap berbanding tanah merah

 Tekstur tanah

      1.       Tekstur tanah ialah  peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah.
2.     Tekstur tanah ditentukan  dengan cara merasa (cara medan) dengan tangan atau kaedah mendapan.
3.     Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan mengikut sistem pengelasan Atterberg atau sistem USDA.
      4.       Kepentingan tekstur tanah – tekstur tanah dapat menentukan;
·          Penyaliran -  tanah bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik
·          Pengudaraan – tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar yang dapat memudahkan pertukaran gas
·          Penjerapan nutrien – tanah bertekstur halus seperti kumin liat bercas negatif dan dapat menjerap nutrien bercas positif. Tanah bertekstur halus dapat menakung air


Struktur tanah

       1.      Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir,kelodak dan liat) dalam                                bentuk tertentu.
 2.  Tanah pasir  tidak berstruktur.
 3.    Struktur butir rapuh – terbaik kerana berongga.

 4.  Kepentingan struktur tanah : struktur tanah yang baik

·          Pengudaraan tanah – rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup

·          Daya tahan tanah – kumin-kumin tanah  bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan


·          Mengurangkan kesan ketoksikan CO2  -  struktur yang baik dapat  mengurangkan kesan ketoksikan CO kerana gas ini mudah meresap ke udara


          5.  Jenis struktur tanah
·                      Butir rapuh
·                      Berlapis
·                      Berblok
·                      Prismatik
·                      Kolumnar
·                      Tanah tidak berstruktur – berbutir tunggal
        - berbongkah (massive)

Sifat kimia tanah

pH Tanah

1.       pH tanah ialah keassidan atau kealkalian sesuatu tanah.
2.       Tanah tropika bersifat asid – kerana larut resapan .
3.      
Keasidan wujud kerana kehadiran ion hidrogen (H+)
nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+).
4.       pH tanah ditentukan dengan :         
·          Kaedah Kuhn
·          meter pH




pHtanah         Faktor yang menyebabkan keasidan tanah

1.       Kandungan bahan induk
·          batu granit mengandungi aluminium. Aluminium alami tindakbalas hidrolisis keluarkan ion hidrogen
·          oleh itu tanah yang berasal dari bahan induk batu granit adalah berasid

2.       Larutresapan
·          Kehilangan bahan berbes
·          kehilangan ion Ca, Mg dan K melalui larutresapan digantikan oleh ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah berasid

3.       Penggunaan baja kimia
·          seperti baja  Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+
·          NH+            NO3-  +  H+
·          H+ turunkan pH tanah.

4.       Pereputan bahan organik
·          pereputan bahan organik menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah.

5.       Penambahan asid karbonik dan asid nitrik
·          gas CO2,  nitrogen oksida dan nitrogen dioksida  di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah
·          asid tersebut ialah asid karbonik dan asid nitrik

6.       Respirasi akar dan organisma tanah
·          CO2 yang dihasilkan semasa respirasi akar dan organisma tanah bertindakbalas dengan air menghasilkan asid karbonik.

7.       Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida
·          Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dioksida dan oksigen di atmosfera yang kemudiannnya bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan, masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid


Kesan pH tanah kepada tanaman.

1.     Ketersediaan nutrien

·          Nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu.
·          pH rendah – pembebasan ion ferum dan magnesium
·          pH tinggi – pembebasan ion Kalsium dan Magnesium
·          Keempat ion itu bertindakbalas dengan fosfat membentuk fosfat tidak larut.
·          Fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau rendah

2.     Aktiviti mikrob

·          mikroorganisma bermanfaat hidup pada pH 5.5 – pH 7.8.
·          mikroorganisma yang jalankan proses penitratan terjejas bila pH kurang 5.5.
·          pH rendah merencatkan aktiviti cacing tanah.

3.     Penyakit tumbuhan

·          pH rendah menyebabkan kulat mudah membiak, tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah.


Unsur perlu untuk pertumbuhan tumbuhan

1.       Makronutrien – O,C,H,N,K,P,S,Ca,Mg
2.       Mikronutrien – Fe,B,Mn,Zn,Cu,Mo dan Cl
3.       Sesuatu unsur nutrien perlu jika
a.       Tumbuhan tidak membesar dengan sempurna.
b.       Tindakan nutrien yang spesifik tidak boleh diganti dengan unsur lain.
c.        Unsur nutrien bertindak secara langsung dalam tumbuhan.
d.       Apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur, unsur tersebut perlu ditambah

 Peranan unsur utama dan gejala kekurangan
  
Tanah bermasalah di Malaysia
Unsur Utama Nutrien
Peranan Dalam Tumbuhan
Gejala Kekurangan
Nitrogen
·                      komponen protein diperlu untuk penghasilan klorofil
·                      mempercepat tumbesaran tumbuhan
·                      hasil daun lebih.
·      klorosis (kekuningan) semua                            daun.
Fosforus
·                      mempercepat pengeluaran akar,
·                      bunga dan buah
·                      cepatkan kematangan pokok
·                      menguat tangkai buah
·                      penghasilan tenaga pada peringkat awal tumbesaran.
·          daun hijau tua
·                              warna kemerahan atau       ungu pada daun atau petiol
Kalium
·                      mencepat pengeluaran bunga dan buah
·                      memberi ketahanan pokok dari penyakit
·                      diperlukan untuk metabolisme kanji  
                          dan protein
·                      pengaktifan enzim

·          nekrosis (tisu mati) pada tepi daun tua/tepi daun terbakar
·          klorosis antara urat  daun
        muda

Tanah Asid Sulfat
Tanah Gambut
Tanah Bris
Tanah bekas Lombong
Tanah Lempung
·          tanah liat
·          pH ≤ 3.5
·          tanah tak subur
·         ketoksikan Al, Fe dan Mn.
·         bahan organik tinggi
·         saliran tak baik
·         tidak beri sokongan pada akar
·         tanah berasid
·        kekurangan Cu, Mn, Zn, Fe, Mo, Bo.
·      kandungan pasir tinggi
·       tanah tidak berstruktur
·       lapisan keras
·       daya simpan air rendah.
·       kurang air musim panas
·       pH 4.3 – pH 5.8
·        80% pasir
·        tidak berstruktur
·        mineral kuarza
·        tidak kandung air.
·         kandungan liat tinggi
·          saliran kurang baik
·          sukar digembur





















Cara membaiki keadaan tanah

i.     Pembajaan

a.       Gred baja – kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja. Diberi dalam bentuk peratus (%N, %P2O5, %K)
Contoh :
·          Baja Ammonium sulfat ( 20 % N ) -  baja ini mengandungi 20 % nitrogen atau bagi setiap 100 kg baja Ammonium sulfat terkandung di dalamnya 20 kg nitrogen
·          Baja NPK 16:16:17 – baja ini mengandungi 16 % nitrogen, 16 % P2O5 dan 17 % kalium oksida  atau dalam setiap 100 kg baja NPK terkandung 16 kg N, 16 kg P2O5 dan 17 kg K2O

b.       Baja Campuran – baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan. Kandungan nutrien rendah.
c.        Baja Sebatian – nutrien disebatikan secara kimia dengan nisbah tertentu.
d.       Baja Lengkap – kombinasi semua nutrien utama NPK, mikronutrien , enzim,pengawalatur pertumbuhan.
e.       Baja Lurus – baja yang membekal  satu nutrien utama. Contoh baja lurus :

Nitrogen
Fosforus
Kalium

Urea 
Amonium Sulfat 
Kalsium Nitrat 
Kalium Nitrat 
Amonium Nitrat
Natrium Nitrat

CIRP 
Superfosfat tunggal 
Superfosfat ganda dua
Superfosfat ganda tiga

Muriat potasy 
Kalium sulfat
Kalium nitrat


Tinja haiwan

Sisa ladang

Baja lurus

Baja sebatian

Baja campuran

Baja lengkap

Baja

Baja organik

Baja kimia
                                                                                             


          Menghitung baja

          Hitung baja berdasarkan gred baja

          a.   Hitung berat N dalam 250 kg baja kalium nitrat (15 %)

                Jawapan :              100 kg baja kalium nitrat mengandungi 15 kg N
                                                250 kg kalium nitrat             =  15/100  x  250
                                                                                                 =  37.5 kg N

          b.   Hitung berat N, P2O dan K2O  dalam 200 kg baja NPK green 15:15:16


                Jawapan :              Berat N

                                                100 kg baja NPK mengandungi 15 kg N
                                                200 kg  baja NPK                =              15/100  x  200
                                                                                                =              30 kg N

                                                Berat  P2O

                                                100 kg baja NPK mengandungi 15 kg P2O5  (fosforus)
                                                200 kg baja NPK =              15/100  x  200
                                                                                                =              30 kg P2O5



                                                Berat K2O

                                                100 kg baja NPK mengandungi 16 kg K2O
                                                200 kg baja NPK =              16/100  x  200
                                                                                                =              32 kg K2O

Hitung keperluan baja untuk bekal kuantiti tertentu sesuatu nutrien dan kos pembajaan

          Setiap hektar tanaman mangga memerlukan 60 kg N. Tentukan kuantiti baja ammonium nitrat (35 %N) yang perlu digunakan. Jika harga 50 kg baja ammonium nitrat ialah RM 70.00, tentukan kos pembajaan mangga tersebut.
                                               
          Jawapan :                    Kuantiti baja ammonium sulfat yang diperlukan

                                                100 kg baja ammonium sulfat mengandungi 35 kg N
                                                60 kg N                  =              100/35  x  60
                                                                                =              171.43 kg baja ammonium sulfat

                                                Kos baja

                                                50 kg                      =              RM  70.00
                                                171.43 kg              =              RM  70.00 / 50  x  171.43
                                                                                =              RM  240.00          
         
Cara Membaja

1.       Taburan
·          ditabur sekata di atas permukaan tanah, digaul dengan tanah, diletak sekeliling pokok (umur 3-4 minggu).
·          baja sesuai – baja butiran halus/granul.
2.       Alur
·          baja pepejal diletak di dalam alur di kiri dan kanan biji benih.
·          baja juga boleh diletak dalam jalur 4 – 5 cm dalam sisi barisan pokok. 

3.       Poket
·          lubang poket digali di hujung kanopi pokok buah-buahan. Baja diletak dalam poket dan ditutup semula.

4.       Semburan daun
·          larutan baja disembur pada pokok

ii.       Pengapuran

Tujuan pengapuran :

1.       Mengurang keasidan tanah – tanah berasid dirawat dengan menggaul atau menabur bahan kapur.
2.       Membekal nutrien tumbuhan – kapur bekal Ca dan Mg.
3.       Membaiki agregat tanah – kapur meneutralkan cas negatif pada kumin tanah menjadikannya bercantum. Kumin tanah dilekatkan oleh pelekat hasil pereputan bahan organik.

Contoh bahan kapur.
1.       Batu kapur    -      kalsium karbonat / CaCO3           
2.       Kapur tohor   -      kalsium oksida  / CaO
3.       Kapur mati    -      kalsium hidroksida / Ca(OH)2
4.       Kapur dolomit  -   CaMg CO3
           

      Faktor yang perlu dipertimbangkan  sebelum melakukan pengapuran.

1.       Jenis tanaman
-          kapur diberi dengan merujuk julat pH yang sesuai bagi tanaman tertentu.
2.       Jenis bahan kapur
-          kapur dolomit bekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit,koko, jagung dan sekoi.
-          kapur tohor kandungan Ca tinggi, kurang kaustik tetapi sukar diguna.
3.       Jenis tanah
-          tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur.
-          pengapuran berlebihan sebabkan ketoksikan Fe, Mn, Zn, Cu dan Bo.
4.       Kandungan bahan organik
-     tanah tinggi kandungan bahan organik perlukan banyak kapur
-          bahan organik menyerap kation H+ dan kapur sukar mengubah pH.


iii.      Pemugaran

1.       Pemugaran ialah kerja memecah, menggembur dan menghapus rumpai.
2.       Pemugaran primer – kerja mula dilakukan.
3.       Contoh alat pemugaran primer – bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat.
4.       Tujuan pemugaran primer :
-          potong dan balikkan tanah.
-          pecah dan longgar tanah keras
-          sedia permukaan sesuai untuk pemugaran sekunder
5.       Pemugaran sekunder – dilakukan selepas pemugaran primer
6.       Tujuan pemugaran sekunder :
-          musnah rumpai
-          mencampur baja dan kimia pengawal perosak
-          timbus dan gaul sisa tumbuhan
-          musnah atau kawal perosak
-          sedia batas tanaman
-          hasil permukaan tanah halus untuk menyemai atau menanam.
          7.  Contoh alat pemugaran sekunder -  bajak sikat, penggembur dan alat pembatas.



iv.      Pencegahan dan pengawalan hakisan

          Jenis hakisan tanah

          1.  Hakisan permukaan
·          Hakisan peringkat permulaan
·          Lapisan nipis permukaan tanah hilang

          2.  Hakisan alur
·          Hakisan peringkat kedua
·          Tanah dihakis lebih dalam membentuk alur

          3.   Hakisan lurah
·          Hakisan alur dibiar berterusan membentuk lurah
·          Sukar dipulihkan


Prinsip pencegahan dan kawalan hakisan

1. Melindungi permukaan tanah – daripada timpaan hujan.
2. Mengelak pengaliran air
3. Mengurang kelajuan larian air.

Kaedah mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh air

1.       Menanam penutup bumi
-                       tanam kekacang – centro, peuro, calapo, keledek hiasan.
-                       menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan
-     akar mencengkam/memegang  butir tanah untuk mengelakkan dari dilarikan air
2.       Membuat teres
-                       mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit.
-                       memperlahan larian air
3.       Menanam mengikut kontor
-                       kawasan curam ditanam getah dan kelapa sawit mengikut kontor menghalang air mengalir turun sepanjang lereng bukit.
4.       Membuat sungkupan
-                       bahan diletak di permukaan tanah melindung permukaan tanah dari ditimpa hujan.
-                       bahan digunakan seperti rumput kering, daun kelapa, plastik dll
-                       kebaikan sungkupan
a.       Elak hakisan tanah.
b.       Elak tanah padat
c.        Menurunkan suhu tanah
d.       Memulihara kelembapan tanah
e.       Mengelakkan pertumbuhan rumpai
5.       Menanam secara jalur
-      menanam merentasi lereng atau kawasan curam
-                       halang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam.
6.       Membina sistem peparitan
-                       air berlebihan dikumpul dan dipindah keluar melalui parit


Anda perlu faham dan ingat istilah-istilah ini :

Bil.
Istilah
Takrifan
1
Tanah
Lapisan atas permukaan bumi
2
Tekstur tanah
% kandungan kumin pasir, kelodak dan liat atau
sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah.
3
Struktur tanah
Susunan kumin tanah terdiri dari pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu.
4
pH tanah
Pengukuran aras keasidan tanah.
5
Mikronutrien
Unsur mineral yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti kecil
6
Makronutrien
Unsur mineral yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti banyak.
7
Baja Lurus
Baja yang bekal satu nutrien utama sahaja.
8
Baja sebatian
Baja yang mengandungi nutrien yang disebatikan secara kimia dengan nisbah tertentu.
9
Baja campuran
Baja yang dicampur secara fizikal tetapi tidak disebatikan.
10
Baja lengkap
Mengandungi kombinasi semua nutrien yang diperlukan.
11
Gred baja
Kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja


No comments:

Post a Comment