a. Unsur iklim yang mempengaruhi ternakan
· Suhu
· Kelembapan
· Cahaya
b. Kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan
· Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan.
· Dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan:
- secara langsung
- secara tidak langsung
· Kesan iklim secara langsung
i. Perlakuan semasa meragut
- Suhu tinggi dan pancaran matahari terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan
- Ternakan berhenti makan dan mencari tempat teduh
- Jangka masa meragut kurang
ii. Pengambilan makanan
- Peningkatan suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan berkurangan sebaliknya air diambil berlebihan
iii. Tumbesaran
- Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan kadar tumbesaran akan menurun
iv. Pengeluaran hasil
- Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi
- Suhu persekitaran yang tinggi mempengaruhi pengeluaran telur, susu dan daging
v. Pembiakan
- Suhu tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum dan sperma, kematian embrio dan merencatkan janin
- Kadar penetasan telur menurun
· Kesan iklim secara tidak langsung
i. Penghasilan bahan makanan ternakan
- Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan foraj dan akan menambahkan bahan makanan ternakan
- Iklim lembap menggalakkan serangan kulatAspergillus flavus pada makanan ternakan dan ternakan mengalami keracunan aflatoksin
- Iklim panas merosakkan kandungan vitamin dan mineral dalam bahan makanan ternakan
ii. Serangan parasit dan penyakit ternakan
- Suhu dan kelembapan tinggi mengalakkan pembiakan patogen dan parasit
- Suhu rendah mengganggu sistem pernafasan
iii. Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan
- Suhu dan kelembapan tinggi merosakkan hasil ternakan seperti susu, daging dan telur
- Mikroorganisma membiak dan menjalankan proses penapaian ke atas hasil ternakan apabila kelembapan tinggi.
- Hasil cepat rosak dan busuk
- Embrio mati dan telur tidak menetas jika suhu tinggi
c. Cara mengurangkan kesan himpitan iklim
· Mengadakan perumahan yang sempurna
- Melindungi ternakan dari serangan musuh, mengawal penyakit dan parasit
serta iklim yang melampau
- Ciri perumahan sempurna – ruang lantai mencukupi, aliran udara yang baik
(pengudaraan), bekalan cahaya yang sesuai dan mudah dibersihkan
- Arah binaan perumahan mengambil kira pancaran cahaya matahari dan arah
tiupan angin
· Menanam pokok naungan
- Melindungi ternakan dari pancaran terik matahari, memberi oksigen dan
menyediakan tempat ternakan berehat
· Mengamalkan ragutan pada waktu malam
- Waktu malam suhu sekitar turun
- Mengurangan tekanan semasa haiwan meragut
- Haiwan meragut rumput lebih banyak dan tumbesaran ternakan lebih baik
· Memilih baka yang toleran terhadap haba
- Baka yang toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi
- Contoh baka yang toleran suhu tinggi ialah lembu Kedah-Kelantan, LID atau baka kacukan KK dengan baka Freisien
· Memberi makanan bernutrien tinggi
- Menampung kekurangan zat makanan kerana kurang mengambil makanan
ketika suhu tinggi
- Makanan mesti mengandungi semua unsur pemakanan
- Contoh:anak lembu diberi susu secukupnya dan ketika peringkat
pembesaran, konsentrat ditambah dalam makanan
No comments:
Post a Comment