Pengenalan
1. Genetik – kandungan kromosom yang membawa sifat-sifat warisanorganisma yang dikenali sebagai gen.
2. Pembiakbakaan – proses mengubah dan memperbaiki kandungangenetik tanaman supaya ciri-ciri tumbuhan yang dikehendaki diperolehi.
3. Klon – sekumpulan tumbuhan dibiak secara aseks daripada pokok induk yang sama
Ciri tumbuhan yang dikehendaki
1. Cepat mengeluarkan hasil
· tempoh matang yang singkat.
· cepat dapat hasil dan cepat memasarkan hasil
· membolehkan tanaman pulangan berganda
· contoh durian D 99 mempunyai tempoh matang 90 hari
2. Hasil yang tinggi
· memenuhi keperluan makanan penduduk
3. Hasil berkualiti
· kualiti dari segi kelazatan, kandungan gula, kandungan nutrien, warna dan bentuk yang seragam.
· mendapatkan pasaran yang baik
4. Resistan (tahan) terhadap penyakit dan perosak
· tanaman mampu menghalang perkembangan patogen dan serangan perosak.
· tanaman mempunyai ciri tertentu seperti duri dan bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh perosak
· jimat kos kawalan penyakit dan perosak
5. Bernilai estetik
· nilai estetik seperti warna, bentuk, atau aroma.
· hasil menarik perhatian pembeli
· contoh warna rambutan merah digemari
Kaedah menghasilkan varieti baru
1. Mengenalpasti baka yang berpotensi
· Menyediakan populasi tumbuhan berbagai sifat
· Jenis tumbuhan dikenalpasti – varieti yang sedang ditanam, tumbuhan dari jenis yang sama dan tumbuhan liar di tempat asal
2. Melakukan pemilihan
· Pokok induk daripada populasi tumbuhan yang diperkenalkan
· Ada sifat varieti asal
· Pemilihan dilakukan setelah : – Kesan sifat yang dikendaki
- Banding prestasi pokok dengan pokok lain
· Pemilihan mudah untuk tumbuhan terdebunga sendiri kerana bahan genetik tulin dan ciri seragam
3. Melakukan pengacukan
· Gabungkan bahan genetik daripada dua pokok induk
· Hasil kacukan pokok induk dikenali sebagai hybrid
4. Menguji generasi F 1
· Anak pokok generasi pertama hasil kacukan kedua pokok induk yang sama bahan genetik
· Generasi F 1 – prestasi lebih baik daripada kedua induk dijadikan biji benih
Kaedah menghasilkan varieti baru
1. Mengenalpasti baka yang berpotensi
2. Melakukan pemilihan
3. Melakukan pengacukan
4. Menguji generasi F 1
Pembiakan
(a) Kaedah seks : gunakan biji benih
(b) Kaedah aseks : gunakan bahagian tampang
Cara : keratan batang, keratan daun, keratan akar, tut, cantuaman,
organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu.
Kaedah seks
1. Melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina melalui proses pendebungaan
untuk membentuk embrio
2. Kebaikan menggunakan biji benih ialah mudah dilakukan, biji benih banyak dan kos rendah
3. Dijalankan apabila kaedah aseks sukar dilakukan /tidak ekonomik
Kaedah aseks
1. Keratan
· Cepat dan mudah dilakukan
· Bahan penanaman seragam
· Menggunakan bahagian batang, daun dan akar
· Jenis keratan ; a. Kayu hijau/separa keras – dua hingga 6 buku
b. kayu keras – saiz lebih panjang
2. Tut/markot
· Kaedah mengakar dahan pada pokok induk
· Dilakukan pada pokok puding, limau,ciku dll.
· Kelebihan tut : - bahan genetik sama dengan induk
· Kelemahan tut : - bilangan bahan tanaman terhad
- tidak sesuai dijalankan pada dahan tua
- pokok limau yang dibiak melalui tut mudah diserang kanker
batang
- tiada akar tunjang
3. Cantuman
· Menyatukan tunas baka dengan pokok penanti membentuk pokok baru
· Kelebihan : - mempunyai akar tunjang
- hasilkan baka baru
- banyak mata tunas diperolehi
· Kelemahan : - perlu kemahiran
· Contoh pokok : mangga, rambutan getah dll
4. Organ penyimpanan
Organ penyimpanan | Contoh |
Bebawang | bawang |
Stolon Rizom | rumput Bermuda halia |
Umbisi | keladi, pisang, Gladiolus |
5. Pembahagian rumpun
· Rumpun dari rizom, stolon atau ubi di potong dan di tanam
· Contoh : serai, sanseivieria, dracaena, dieffenbachia dll
6. Kultur tisu
· Kaedah membiak tanaman dalam medium akar yang steril
· Medium cecair steril – air mineral, vitamin, gula, auksin dan sitokinin
· Pokok yang dihasilkan dinamakan klon
· Tisu dikultur dinamakan kalus
· Tisu eksplan diambil dari sel meristem
· Medium pepejal steril – terdiri daripada medium cecair steril dan agar – agar
· Pemindahan tisu dilakukan dalam kotak beraliran laminar.
· Contoh : tanaman orkid dan pisang
Bandingbeza
Membandingbeza pembiakan seks dengan pembiakan aseks.
Perkara | Pembiakan seks | Pembiakan aseks |
Cara pembiakan | Menggunakan biji benih | Menggunakan / cara - keratan, tut, cantuman, organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu |
Kandungan genetik | Berbeza daripada pokok induk | Sama dengan pokok induk |
Tempoh berbunga atau mengeluarkan hasil | Lama/lambat | Singkat/cepat |
Membandingbeza tut dengan cantuman.
Cantuman | Tut |
· Baka yang diperlukan diambil daripada mata tunas atau keratan pucuk pokok terpilih. · Cantuman tunas membolehkan lebih daripada satu mata tunas diperolehi · Mempunyai akar tunjang, pokok tidak mudah tumbang. | · Sebahagian daripada dahan pokok terpilih didorong untuk mengeluarkan akar sebelum diasingkan daripada pokok induk. · Satu bahan menanam sahaja diperoleh daripada dahan yang dirawat. · Tidak mempunyai akar tunjang. |
No comments:
Post a Comment