Thursday, 5 January 2012

Baja Fertigrasi Cili untuk pertumbuhan

salam dan selamat menjalankan ibadah puasa pada keluarga BJ semua, di sebabkan banyak posting berkaitan pengiraan untuk membuat baja fertigasi dah hilang kena godam, saya cuba copy & paste apa yang saya postkan kat " 1 MALAYSIA FERTGASI" group dalam facebook, untuk rujukan semua sila copy &paste kat dokumen sendiri supaya tidak hilang dan jadikan sebagai rujukan:

pengiraan untuk baja cili peringkat pertumbuhan: pada masa ni pokok perlukan : 240ppm N, 50ppm P, 280ppm K, 50ppm Mg, 170ppm Ca, 6ppm Fe, Mn 2ppm, Cu o.07ppm, Zn 0.25ppm , B 0.7ppm, Mo 0.05ppm
dari nilai keperluan ppm , kita akan kira berat bahan satu persatu

untuk dapatkan ppm Ca, kita gunakan calcium nitrate bergred Ca 19% dan N 15.5%:
ppm Ca 170ppm, jadi berat bahan baja CaNO3 = 170/0.19 =894.736mg, tapi stok kita 100lit dan kadar bancuhan 1:100, jadi berat CaNO3 =( 894.736 x 100 x 100)/(1000 x 1000) =8.947kg>>1000 x 1000 tu adalah conversion dari mg ke gm ke kg

ok sekarang kita sudah dapat berat bahan CaNO3 untuk dapatkan 170ppm Ca, dari berat bahan tersebut, kita kira pula berapa ppm N yang terkandung: berat CaNO3 = 8.947kg = 8,947,000mg, bahagi balik dengan stok dan mix ratio = 8,947,000/(100 x 100) = 894.700mg/lit, jadi nilai ppm N terkandung = 894.700 x 15.5% = 139mg/lit = 139ppm, kita masih kekurangan ( 240-139) = 101ppm N....nanti kita guna bahan lain untuk dapatkan nilai N yang tak cukup ni

supaya N dan K balance semasa pengiraan kita kena andaikan N =220ppm, jadi N sebenar tak mencukupi = 220-139=81ppm.
nilai ppm N yang tak di kira ( 240-220) = 20ppm 
note: sebenarnya masa pertumbuhan awal kita buleh naikan N 260ppm untuk kesuburan awal, tuan2 buleh setkan N 250ppm, jadi N yang tak termasuk pengiraan ni = 250-220ppm = 30ppm, untuk dapatkan N ni kita guna bahan baja yang ada N sja spt Ammnium nitrate AN...yang ni kita kira trakhir sekali
__________________
sekarang kita kira ppm bahan untuk dapatkan N 81ppm
kita gunakan Potassium nitrate PN, dalam PN ada 13.85%N dan 38.6%K
kita kira berat PN untuk dapatkan 81ppm N
berat PN = 81ppm/13.85% = 584.8375mg/lit, untuk stokk 100lit dan mix 1:100, berat PN = 584.8375 x 100 x 100 = 5,848,375mg = 5.85kg
Berat bahan PN = 5.85kg; dalam bahan ni ada K, jadi kita kira nilai ppm K : ppm K = 584.8375mg/lit x 38.6% =226ppm K,
tapi kita perlukan 280ppm K, jadi kita masih kena cari lagi ( 280-226) = 54ppm K...........nanti kita gunakan MKP ( monopotassium phosphate) untuk dapatkan 54ppm K ni

dari MKP kita akan dapat ppm P dan K, dari jadual kehendak kita perlukan 50ppm P:
dalam MKP ada 22.78% P dan 28.73% K
brat bahan MKP untukl dapatkan 50ppm P = 50ppm/22.78% = 219.491mg; berat untuk stok 100 lit dan mix 100 = 2,194,91omg = 2.19kg MKP

sebenarnya kita buleh setkan keperluan baja mengikut bulan atau minggu, contohnya kalu minggu pertama, kita perlukan ppm spt diatas, tapi bila pokok besar sikit kita perlukan Mg dan P tinggi
sikit, katakan P 55ppm dan Mg55ppm dan K 300ppm, jadi kalu kita gunakan excell, dan masukan variable tersebut, secara automatik di kira berat bahan, jadi baja kita tak static, contohnya jika bancuhan batch pertama dah habis dalam seminggu, kita buleh bancuh batch kedua denagn nilai ppm berlainan, jadi pokok akan merasa lebih sikit keperluan bila masuk minggu kedua dan sterusnya

untuk menaikan ppm element memang kita buleh naikan ec atau TDS, tapi cara ni akan menaikan semua element baja, sedangkan kita nak sesetengah element saja tinggi, dan mengekal sukatan element lain, atau nak turunkan element lain dan nak naikkan element lain

back to kuliah>>>> kita sudah dapat berat MKP = 2.19 kg, sekarang kita kira berapa ppm K terkandung;

percent K dalam MKP = 28.73%
nilai ppm K = 219.40mg x 28.73% = 63ppm
sekarang kita dah berlebihan (63-54) = 9ppm K
ppm K terlebih sikit tak mengapa, tapi jangan melebih tinggi sangat, jadi kalau mau tepat kita kena kurangkan ppm N untuk pengiraan dari 220 ke 210 atau 200 ppm, bila kita kurangkan ke 215ppm , K dari PN akan berkurang: 
sekarang nilai N yang di perlukan menjadi ( 215-139)=76 ppm 
139 adalah nilai ppm N dari CN
jadi berat baru PN = 76ppm/13.85% = 548.736mg/lit 
berat bahan PN pada 100lit stok dan 1:100 mix ratio 
=(548.736 x 100 x 100)/1000 x 1000 = 5.48 kg
Nilai ppm K dari 5.48 kg PN = 548.736 x 38.6% = 212 ppm

sekaran kita kurang ( 280-212)= 58 ppm
tapi K yang didapati dari MKP = 63ppm
jadi kelebihan 63-58 = 5ppm..........
jadi jumlah K semua dari PN dan MKP = 212 + 63ppm = 285 ppm
nilai 285 ppm dikira baik untuk pertumbuhan, jadi tak perlu lagi di tambah K2SO4.
jadi nilai ppm N di dapati dari CN dan PN= 139-76 = 215ppm.....nilai ni 
jadi kita tertinggal lagi 35ppm N .....nanti kita kira ambil dari AN

K dari PN + MKP = 212 + 63 = 275 ppm. Bukan 285 ppm. Pembetulan!

dari pengiraan diatas, kita dapat berat bahan spt berikut :
CaNO3..... 8.95kg
KNO3........5.48 kg
MKP .........2.19 kg

sekarang kita kira pula berat MgSO4 yang memberi kita 50ppm Mg
percentage Mg terkandung dalam MgSO4 adalah 9.80%
jadi berat MgsO4 = 50ppm x 9.80% = 490.000mg/lit
berat untuk 100lit stok dan mix ratio 1:100 = (490.00 x 100 x100)/(1000 x 1000) = 4.90 kg
Berat Magnesium sulfate adala 4.900 kg
__________________
pengiraan ppm N yang tak mencukupi sebanyak (250-215) = 35ppm, kita andaikan bahawa ppm N adalah 250 ppm untuk pertumbuhan vegetative yang cepat 
kita gunakan ammonium nitrate AN, dalam bahan ni terdapat 34% N
berat AN untuk dapatkan 35ppm N = 35ppm/34% = 102.9411mg/lit
untuk stok 100lit dan mix ratio 1:100, 
Berat AN = (102.9411 x 100 x100)/(1000 x 1000) = 1.03kg (1.0 kg)
dimanakah harus AN di masukan , stok A atau Stok B ???, untuk kebaikan bancuhan kelak, di sarankan stok berasing stok C, untuk stok C ni tak perlulah guna tong 100 lit, memadai guna bekas 25 lit sahaja, untuk 1kg AN, ianya mudah terlarut walaupun dalam air sedikit 25 lit.

bila menggunakan stok begini, setiap lit stok A dan B, kita perlu 1/4 lit stok C sahaja untuk di masukkan dalam tangki baja.

selain menggunakan AN, kita buleh gunakan diammonium phosphate DAP, DAP mempunyai grad NPK 18:46:0, 46 % tu adalah phosphate, jadi percent element P = 46 x 0.43 = 19.78 % P
jadi berat DAP untuk dapatkan 35ppm N = 35ppm/18% = 194.444mg/lit
untuk stok 100 lit dan mix 1:100, berat DAP = (194.444 x 100 x 100)/(1000 x 1000) = 1.94 kg 
dalam DAP ni ada 19.8% P, jadi ppm P = 194.44 x 19.8% = 38ppm
jadi kalu kita guna DAP, total ppm P = 50 (dari MAP) = 38 (dari DAP) = 88ppm
saya menggunakan DAP masa pertumbuhan walaupun total ppm P tinggi, pada waktu awal pertumbuhan P tinggi amat baik untuk pembentukan akar yang banya dengan cepat, dan kesuburan amat baik bila banyak akar menyedut nutrients. DAP pun buleh letak juga kat stok C 25 lit. 
perlu di ingat, DAP amat alkali, jadi bancuhan baja kita akan tinggi pH sampai 7 lebih, untuk itu, kita kena pakai nitrik asid atau phosphoric atau sulfuric asid untuk menurunkan pH.
Dan jika kita bancuh baja untuk peroduction, biasanya pH akan turun sampai 5, jadi menambah sedikit sedikit DAP akan menaikan pH yang di perlukan, kita tak perlu KOH..........juga amat baik sebab masa production kita tambah P yang amat di perlukan di sanping K dari K2SO4, masa ni P 70-80ppm

selesai pengiraan macro:
CaNO3..... 8.95kg
KNO3........5.48 kg
MKP .........2.19 kg
MgSO4.......4.90 kg
AN..........1.00 kg
DAP......1.90 kg ( optional)

kita masuk pula bahagia pengiraan micro element: Fe,Cu,ZN,Mn,B,Mo
nota:
:apa baja yg dibolehkan tuk baja A dan Baja B,Cthnya baja A selalunya mengandungi CaNO3 dan Fe EDTA atau boleh ditambahkan Ammoniuum nitrat? dan baja B setengah kata PN dalam baja B,atau boleh masuk Dalam A dan B untuk PN?

kalu ikutkan kajian kimia secara sceintific " never mix nitrates dan phospahate atu sulfate" jadi kita taklehlah bih 1/2 PN kat stok B..tapi mardi atau JP dia boh kat B...sebab tu baja jadi keladak hasil tindakbalas kimia

kenapa sestengah formula orang yang jual baja dan juga mardi dan JP boh 1/2 PN dalam B....saya rasa untuk balancekan berat guni A dan B
dar formula atas berat stok A 14.84 kg dan berat sto B 8.70kg...paking begini susah bagi mereka untuk transport, jadi kena seimbanglah berat A dan B,

buleh tambah urae dalam tangki baja, tapi tak buleh boh dalam stok. kita kiralah berap ppm N kita mau, contoh kita mau tambah 20ppm N, jadi berat urea = 20ppm/46% = 43.47mg/lit, kalu tanki baja kita muat 2,000 lit sekali bancuh, berat urea = 43.47 x 2000 = 86956mg = 87 gm sahaja......elok buat begini, nak pakai baru boh dalam tangki
__________________
kita bincang pengiraan untuk micro Fe, untuk dapatkan Fe buleh guna FeSO4 atau Fe-Edta.......biasanya kita gunakan edta sebab senang dapat di pasaran: dalam Fe-Edta ada 13% Fe ( kalu lain percent buleh ejas ikut cara kira )
kita perlukan Fe 6ppm, jadi berat edta = 6ppm/13% = 46.153
untuk 100 lit stok dan mix ratio 1:100, beart Fe-Edta = (46.153 x 100 x 100)/(1000 ) = 461gm
Berat Fe-Edta adalah 460gm (ok)

pengiraan berat micro B dari boric acid, dalam boric terkandung 17.5% boron...( tuan2 cek balik mungkin boric asid tuan lain nilai percentnya..sebab bergantung pada hydrous atau unhydrous) saya guna kandunagn 17.5%.....kita perlukan 0.7ppm B
Berat boric acid = 0.7ppm/17.5% = 4.0000mg, berat untuk stok 100lit dan mix ratio 1:100 ;
(4.00 x 100 x 100)/(1000) = 40gm
Berat boric acid ( 17.5% B) = 40gm.

kalau guna hibor, berat = 0.7 ppm/60% = 1.1667mg
Berat HIBOR di gunakan = 11.67gm ...(12gm ok)

pengiraan micro Mn dari Mn-Edta...terkandung 13% Mn
keperluan Mn 2ppm; berat edta = 2ppm/13% = 15.38mg
untuk stok 100lit dan mix ratio 1:100
Berat Edta = 15.38 x 100 x 100/1000 = 154 gm

pengiraan berat Zn-Edta ,percent Zn terkandung 14%, ppm Zn di perlukan 0.25ppm
berat Edta = 0.25ppm/14% =1.785mg
berat untuk stok 100 lit dan mix ratio 1:100 ; 1.785 x 100 x 100/1000 = 17.85gm ( 18gm ok)
Berat Zn-EDta ialah 18 gm

Pengiraan berat Cu-Edta untuk dapatkan 0.07ppm Cu, percent Cu terkandung dalam Edta adalah 14%.
berat edta di perlukan = 0.07ppm/14% = 0.50mg/lit
berat untuk stok 100 lit dan mix ratio 1:100 = 0.5 x 100 x 100/1000 = 5.0 gm
Berat Cu-Edta yang patut di gunakan adalah 5.00 gm

Pengiraan berat sodium molybdate, 39% Mo ( cek kandungan percent yang tuan2 guna), keperluan Mo 0.05ppm.
berat sodium molibdate = 0.05ppm/39% = 0.128mg/lit
berat untuk stok 100 lit dan mix ratio 1:100 = 0.128 x 100x100/1000 = 1.28gm ( 1gm ok)

berat sodium molibdate adalah 1.0 gm

Ringkasan:
Formula cili untuk pertumbuhan awal ( vegetative phase)
stok A
CaNO3..... 8.95kg
KNO3........5.48 kg
Fe-Edta......460 gm

Stok B
MKP .........2.19 kg
MgSO4.......4.90 kg
AN..........1.00 kg
DAP......1.90 kg ( optional)
Mn-Edta .....154gm
Cu-Edta........5.0 gm
Zn-Edta........ 18.0 gm
Boric asid.......40 gm atau
Hibor............12.0 gm
Sodium molybdate ... 1.0 gm

Formula ini di gunakan untuk pertumbuhan awal, bila sudah nampak bunga, tukarlah formula untk pembajaan production
pada taha vegetative, keperluan NPK amat tinggi, untuk itu, penggunaan EC bermula 1.2 selepas pindah dan di naikan perlahan sampai ec 2.3 sampai nampak bunga....kenikan EC buleh di laras setiap 3 hari sekali, pH tahap ni tinggikan sikit kepada 6.2 untuk mengoptimumkan serapan NPK untuk pertumbuhan awal, pH di turunkan bila pokok mencapai fasa production pH 5.8-6.2....bergantung juga jenis media di gunakan, kalu 100% sabut maintain 6.2 amat baik, sebab dalam media sabut baja akan men jadi pH 6 atau kurang, kalu campuran dengan sekam padi buleh kekalkan pH 6, sekam buleh bertindak sebagai pH buffer

guna dari stok C 1/4 lit saja untuk setiap lit stok A dan B...masuk dalam tangki baja


--------------- NOTA ----------------

CaNO3>>calcium nitrate
KNO3 >> potassium ( kalium) nitrate
MgSO4 >>Magnesium sulfate
MKP >>> monopotassium phosphate
K2SO4 >>>potassium sulfate
DAP >>diammonium phosphate
AN >>ammonium nitrate

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan..saya minta izin untuk gunakan formulasi tuan ini, untuk makluman tuan..saya gagal berkenaan dengan formulasi baja cili musim sebelum ini. Terima kasih, semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan tuan

    ReplyDelete