Thursday, 5 January 2012

MEKANISASI LADANG


Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan
Faedah mekanisasi ladang
1. Menjimatkan masa
- jam bekerja dapat dikurangkan
- kerja cepat disiapkan
2. Menjimatkan tenaga pekerja
- kurang pekerja diperlukan untuk mengendalikan jentera/mesin
- seorang pekerja boleh melakukan banyak kerja
3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
- hasil kerja sekata/konsisten seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air
4. Menepati masa
- kerja dapat dibuat ikut kesesuaian masa
- elak cuaca buruk atau memenuhi permintaan pasaran
- kerja dapat disiapkan mengikut jadual
5. Memudahkan kerja
- mengurangkan beban dan seksa kerja
- pekerja tidak keletihan
- kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan
Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang
1. Faktor fizikal tanah
- meliputi topografi, keluasan tanah dan jenis tanah
- kawasan berbukit bina teres menggunakan jentera penyodok tanah
- kawasan luas pemugaran tanah menggunakan traktor empat roda, kawasan kecil gunakan
traktor dua roda
- kawasan tanah lembut seperti sawah padi gunakan traktor dua roda
2. Faktor kos
- harga jentera dan mesin adalah mahan
- dapatkan secara sewa beli, upah atau pajakan
- jika mampu dan ladang luas boleh beli sendiri
3. Faktor teknikal
- mempunyai pengetahuan, kemahiran pengendalian, kebolehan melakukan
penyelanggaraan dan pembaikan, kemudahan mendapatkan alat ganti, khidmat selepas
jualan dan kebolehan melakukan pengubahsuaian terhadap jentera jika perlu
- tanpa pengetahuan teknikal, kos penyelenggaraan dan pembaikan akan tinggi
Penggunaan mekanisasi ladang
(a) Tanaman
Penyediaan tanah
Alat pemugaran primer
Bajak piring – Memotong, mengangkat, memecah dan membalikkan tanah
Bajak sepak – Memotong, mengangkat dan membalikkan tanah
Bajak pahat – Memecah dan melonggarkan tanah kering dan keras.
Menarik akar keluar dari tanah
Alat bajak sekunder
Bajak putar – Memotong dan menghancurkan tanah (menggembur), menggaul sisa
tanaman dan baja dalam tanah dan mengawal rumpai.
Putaran mata kuasa dari aci sadap kuasa
Bajak sikat – Memecah tanah kasar menjadi halus dan mengawal rumpai dengan cara
memotong rumpai dan menarik akarnya keluar
Penggembur – menghaluskan tanah untuk sedia ditanam
Pembatas – Menggembur sambil membina batas
Penanaman
Penanam biji benih – Untuk biji benih besar seperti kacang tanah dan jagung
Penyembur kabus – Untuk biji benih kecil seperti padi dan biji benih rumput ternak
Penanaman anak padi – Untuk tanam anak padi
Pembajaan
Penabur baja – Untuk baja jenis butiran dan debu
Penghembus berjentera untuk menabur baja – Untuk baja butiran dan tabur biji benih padi
Penyembur boom – Menyembur baja cecair dan racun
 ……pest control
pestcontrol
Pengawalan rumpai dan perosak
Penebas putar – Dipasang pada traktor 4 roda dan guna kuasa dari aci sadap kuasa
Mesin rumput tolak – Potong rumput yang tidak tebal
Penebas sandang – Sesuai di kawasan berbukit, tidak rata, sempit dan rumput tebal
Pam berkuasa – Menyembur herbisid (racun rumpai)
Penyembur galas – Untuk menyembur fungisid, herbisid dan insektisid
Pengairan dan penyaliran
Pengairan 
Sistem pengairan titisan – Bekal air pangkal pokok dengan tekanan yang rendah
Sistem pengairan percikan – Guna pam untuk hasil tekanan air yang tinggi. Sesuai untuk
sayur, jagung, orkid, nurseri atau tanaman yang ditanam rapat
Penyaliran
Pam air – Keluarkan air dari kawasan tanaman
Pengorek kaut – Untuk gali parit bagi membina sistem perparitan
Pemarit – Jentera membina parit kecil
Penuaian hasil
Mesin jentuai kombin – Menuai padi
Mesin penuai buah – Memetik buah bertangkai seperti mempelam, rambutan dll.
(b) Ternakan
Pemberian makanan
Pengangkut berantai – Mengangkut makanan ke sangkar ayam / ke palung makanan
Tiub berauger – Mengangkut makanan ke sangkar ayam / ke palung makanan
Pemberian minuman
Puting minuman / puting logam – Untuk ayam dan arnab minum
Pengutipan hasil
Pengangkut panggul – Kumpul telur ayam
Mesin pemerusuan – Memerah susu lembu atau kambing gunakan mesin mudah alih atau tetap
Penggredan telur
Penggred telur – Asing / gred telur ayam ikut berat
Sistem pengairan
(a) Titisan
- air diberi pada pangkal pokok di zon perakaran
- sesuai untuk tanah yang daya pegangan air rendah dan pokok dalam beg politena
- kebaikan:
- jimat air kerana air dititis terus pada pangkal pokok
- tidak gunakan pam kerana air mengalir menggunakan tekana graviti
- air diguna secara efisien kerana air yang dibekal terus diserap oleh akar
- program pembajaan boleh dilakukan serentak dengan pengairan
- Kelemahan : penitis mudah tersumbat
- komponen sistem pengairan titisan : pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder
(bahan paip samada besi galvani, PVC atau polietilena) dan penitis
- penyelenggaraan:
- penapis – bersihkan penapis untuk elak paip dan penitis tersumbat
- sambungan dan keseluruhan paip – elak kebocoran
- penitis – bersih bendasing/sampah untuk elak tersumbat
(b) Percikan
- sesuai untuk kawasan padat dengan tanaman seperti sayur-sayuran
- tidak sesuai untuk tanah yang tidak dapat memegang air seperti tanah pasir
kebaikan :
- sesuai untuk kawasan berbukit atau tanah tidak rata/sekata
- kedudukan paip dan pemercik boleh diubah ikut keperluan semasa
- suhu persekitaran tanaman dapat dikurangkan
kelemahan :
- jika ada tiupan angin kuat, kecekapan penyemburan air berkurangan
- perlu kos tinggi – untuk pembelian alat, bahan dan penyelenggaraan
- komponen – pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder, pemercik (makro dan
mikro)
- pemercik makro untuk nurseri kelapa sawit, jagung dan sayur berpancang
- pemercik mikro untuk nurseri bunga, sayur daun dan rumput taman
- penyelenggaraan :
- pastikan paip tidak tersumbat
- kepada pemercik tidak tersumbat
Bandingbeza sistem pengairan titisan dengan sistem pengairan percikan
Titisan
• Air mengalir kerana tarikan graviti
• Air mengalir kerana tarikan graviti
• Boleh lakukan pembajaan
• Kecekapan titisan tidak dipengaruhi tiupan angin
• Guna sedikit air, dapat jimat air
• Dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai
• Kos pengendalian rendah – guna tarikan graviti
• Boleh lakukan kerja pengurusan semasa sistem pengairan beroperasi
Pengairan percikan
Percikan
• Air dipam untuk dipercikkan
• Air dipercik tersebar ke kawasan luas
• Pembajaan tidak ekonomik
• Tiupan angin kencang mengurangkan kecekapan penyiraman
• Banyak air tidak terkena pokok, membazir air
• Menggalakkan pertumbuhan rumpai
• Kos pengendalian tinggi sebab guna pam
• Kerja pengurusan sukar dilakukan semasa sistem pengairan beroperasi

No comments:

Post a Comment