PEMAKANAN
a. Kepentingan pemakanan:
· Mengekalkan kesihatan
- Memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul
- Sistem pertahanan tubuh dan fungsi badan stabil/sempurna
- Membentuk sistem imun tubuh untuk bertindak terhadap patogen dan parasit
· Memenuhi keperluan pertumbuhan
- Pertambahan saiz tubuh melibatkan pertambahan bahan interselular, lapisan baru pada kulit dan pengembangan sel
- Proses pertumbuhan memerlukan karbohidrat, protein, kalsium, kuprum, zink dan vitamin
· Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan
- Pengeluaran dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ternakan
- Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang lebih daripada biasa
- Faktor makanan yang berkait dengan pembiakan adalah aras tenaga, kandungan protein, mineral dan vitamin
- Aras tenaga tinggi mempercepatkan umur kematangan seks dan meninggikan kadar kebuntingan
b. Kelas makanan
· Jenis nutrien:
- Karbohidrat
- Lemak
- Protein
- Mineral
- Vitamin
- Air
- Aditif
Fungsi nutrien
· Karbohidrat
- Diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan
- Sumber – gula, molases dan kanji.
- Kekurangan – tumbesaran terencat dan berat badan berkurangan
· Lemak
- Sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu di bawah kulit, sebagai penebat haba dan sebagai pelarut vitamin.
- Sumber - minyak dan daging hancur.
- Kekurangan – ternakan lesu dan kurus.
· Protein
- Untuk pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan pengeluaran
susu, pembekal tenaga dan pembentuk enzim
- Sumber – kacang soya, kacang tanah, daging hancur dan ikan.
- Kekurangan - menyebabkan kurus, lemah, peka kepada aflatoksin, terencat tumbesaran dan kecekapan penukaran makanan menurun
· Mineral
- Untuk menjalankan fugsi badan dengan sempurna
- Untuk keperluan tisu badan, bendalir badan, tulang dan gigi.
- Jumlah mineral yang diperlukan bergantung kepada jenis ternakan dan peringkat penternakan.
· Vitamin
- Untuk mengatur proses badan bagi menjamin tumbesaran, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan.
· Air
- Berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan – bahan ke seluruh anggota badan.
- Air yang diambil bergantung kepada suhu dan kelembapan udara persekitaran
- Kekurangan air menyebabkan peningkatan suhu badan, gangguan metabolisme tubuh, merencatkan tumbesaran dan penurunan pengeluaran.
· Aditif
- Bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan
- Contoh – antibiotik, vitamin, hormon dan mineral
c. Sistem pencernaan
Ruminan
Organ | Fungsi |
Rumen | · Simpan makanan · Menukar selulos kepada protein dan vitamin melalui proses fermentasi |
Retikulum | · Menyimpan air · Melakukan regurgitasi · Memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum |
Omasum | · Menyimpan makanan yang telah dikunyah · Memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki abomasum |
Abomasum | · Melakukan proses pencernaan sebenar · Mengeluarkan asid hidroklorik, pepsin dan rennin · Asid hidroklorik untuk membunuh bakteria dan protozoa · Hidrolisis protein |
Bukan ruminan
Organ | Fungsi |
Paruh | · memecah makanan / mematuk makanan · merembes air liur |
Esofagus | · menyalur makanan ke tembolok |
Tembolok | · menyimpan makanan untuk sementara |
Proventrikulus | · merembeskan enzim |
Hempedal | · mengisar makanan · merembes enzim pencernaan · menyerap nutrien · menyerap air |
Pankreas | · merembes enzim penghadaman |
Hati | · menyerap bahan toksik · merembes hempedu |
Pundi hempedu | · menyimpan cecair hempedu |
Usus | · pencernaan makanan · serap zat makanan |
Sekum | · penapaian selulosa · menyerap air |
Kloaka | · mengeluarkan tinja |
Perbandingan sistem pencernaan haiwan ruminan dengan bukan ruminan
Sistem pencernaan ruminan | Sistem pencernaan bukan ruminan |
Dapat mensintesis vitamin B kompleks dan K dengan bantuan mikrob | Vitamin B Kompleks dan K perlu diperolehi daripada makanan tambahan |
Perut mempunyai empat bahagian iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum | Perut mempunyai satu bahagian |
Dapat melakukan ( regurgitasi) pemuntahan semula makanan untuk dikunyah lumat | Tidak dapat melakukan regurgitasi |
Proses pencernaan sebenar berlaku di abomasum | Proses pencernaan sebenar berlaku di dalam usus. |
Bahan Makanan Ternakan
· Foraj
o Tumbuhan hijau yang menjadi bahan makanan untuk ternakan ruminan. Mengandungi fiber yang tinggi tetapi rendah kandungan nutrien
o Terdiri daripada rumput ternak, kekacang, tumbuhan renik dan rumpai.
a) Kekacang
- Mengandungi protein dan mineral yang lebih tinggi berbanding rumput ternak
kerana keupayaannya mengikat nitrogen daripada udara.
- Contoh kekacang ialah Centro, Stylo, petai belalang, Desmo dan Calapo.
b) Rumput ternak
- Sumber makanan yang paling murah.
- Terbahagi kepada jenis kelompok ( Guinea, Napier dan Setaria) dan jenis
menjalar (African Star, Digitaria, Para dan Signal )
o Foraj boleh dimakan oleh ternakan secara foder ( rumput dipotong dan diangkut ) dan pastura ( rumput yang diragut )
· Foder
o Rumput atau tumbuhan bermutu tinggi yang ditanam untuk dipotong dan diangkut
o Diberi dalam bentuk segar atau awetan
o Foder awetan seperti rumput kering dan silaj
· Pastura
o Rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk diragut
o Amalan ragutan secara sistem pusingan atau sistem ragutan jalur
· Konsentrat /pati
o Makanan ternakan yang mengandungi fiber yang rendah tetapi tinggi nutriennya.
o Di dapati daripada bijirin, sisa makanan dan bahan tambahan makanan. Boleh didapati dari kelapa sawit, padi, koko, nanas dan sebagainya.
Perbandingan foraj dan konsentrat
Perkara | Foraj | Konsentrat |
Kandungan serat (fibre) | Tinggi | Rendah |
Nutrien | - Hanya sebahagian - Boleh ditambah aditif makanan | Lengkap |
Penyimpanan & Pengendalian | - Perlu ruang yang besar dan luas - Silaj mudah rosak akibat bakteria | -Mudah disimpan dan diberi kepada ternakan. -Konsentrat yang tinggi lemak mudah diserang kulat |
Kos | Murah | Mahal |
Bentuk pemberian | Segar atau awetan | Until,wafer,kiub dan pellet dsb |
Ketersediaan | Mudah diperolehi | Bergantung kepada bekalan dan permintaan |
Sumber | Semulajadi dan ditanam seperti rumput,kekacang dan tumbuhan renek | Sisa tumbuhan,haiwan dan industri yang diproses |
e. Rumput Baik Pilih
o Merupakan rumput pastura yang mempunyai ciri-ciri yang baik seperti pengeluaran hasil yang tinggi, nilai nutrien yang tinggi, ketahanan yang tinggi, kecernaan yang baik dll.
o Contoh rumput baik pilih – Napier, Guinea, Setaria dan Digitaria
o Ciri rumput baik pilih
· Pengeluaran hasil yang tinggi
- contoh rumput Napier dan Guinea mengeluarkan hasil yang tinggi
· Digemari ternakan
- mempunyai daun lembut, segar, berperisa dan mudah dihadam
· Nilai nutrien yang tinggi
- membekalkan tenaga untuk proses metabolisme yang tinggi
· Jenis saka
- jangka hayat panjang, dapat kurangkan kos penanaman semula
· Ketahanan tinggi
- tahan suhu tinggi, tahan dipijak, tahan ragutan melampau, tahan
serangan perosak
· Kecernaan yang baik
- kandungan air tinggi dan tisu lembut
· Cepat bertindak balas terhadap baja nitrogen
- pertumbuhan yang cepat bila di beri baja nitorgen
· Kadar daun kepada batang tinggi
- mudah diragut, kandungan nutrien tinggi
f. Catuan Makanan Ternakan
· Merupakan pemberian makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut keperluan dan kuantiti yang betul
· Makanan tambahan diperlukan pada peringkat betina sedang bunting, sedang menyusukan dan anak baru bercerai susu.
· Nisbah penukaran makanan ( NPM )
- Ialah unit pengeluaran ( contohnya pertambahan berat badan ) yang
diperolehi daripada satu unit pengambilan makanan.
- NPM dipengaruhi oleh baka dan kualiti makanan yang diberi.
- Tujuan mengira NPM adalah untuk mengetahui taraf ekonomik sesuatu ternakan
NPM = Jumlah makanan di makan
Jumlah pertambahan berat badan
- Contoh jika NPM = 2.25 : bermakna 2.25 unit berat makanan dapat ditukar kepada
1 unit berat badan
- Semakin rendah nilai NPM, semakin cekap penukaran makanan.
No comments:
Post a Comment