a. Ciri ternakan yang dikehendaki
· Cepat membesar
- cepat dipasarkan dan tempoh pusingan singkat
- kos makanan dan penjagaan dapat dikurangkan
· Cepat mengeluarkan hasil
- cepat mengeluarkan hasil seperti susu, daging dan telur
- tempoh beranak yang cepat
- contoh: pengeluaran susu pertama lembu Freisian ialah 33 bulan dan lembu
Friesian – LID ialah 38 bulan
- lembu daging perlu ambil masa singkat untuk membesar dan menggemuk
· Berupaya melahirkan banyak anak
- kadar bunting tinggi, peratus kematian anak semasa dilahirkan rendah dan tempoh
bunting semula cepat
· Hasil tinggi
- pengeluaran daging, susu atau telur tinggi
- tempoh laktasi lama, contohnya tempoh laktasi lembu Friesien ialah 200 hari
· Hasil berkualiti
- hasil karkas yang tinggi bagi ternakan pedaging
- telur ayam : saiz, bentuk, warna telur, mutu isi dan tebal cengkerang yang baik
· Kecekapan penukaran makanan yang baik
- makanan ditukar kepada bentuk daging, telur dan susu dengan cekap
- penukaran yang cekap menjimatkan kos pengeluaran ternakan
· Resistan terhadap penyakit
- resistan terhadap serangan parasit dan penyakit tropika
- contoh : lembu Brahman dan LID resistan terhadap endoparasit
- lembu LID juga resistan terhadap penyakit tropika
· Toleran terhadap persekitaran
- tahan pancaran cahaya matahari berlebihan/terik, tekanan haba dan kelembapan
tinggi
- contoh : lembu baka KK tahan suhu dan kelembapan tinggi manakala lembu
Brahman tahan tekanan haba
b. Kaedah pembiakbakaan
· Pembiakbakaan kacuk
- bermaksud pembiakan antara dua baka berlainan contohnya baka Bos indicus
dengan baka Bos taurus
- kelebihan pembiakbakaan kacuk
o Pencapaian anak lebih baik dari induk
o Tahap kecergasan anak lebih tinggi daripada purata prestasi induk
(heterosis)
o Ciri kemandirian yang tinggi
· Pembiakbakaan seturunan
- bermaksud pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan
kekeluargaan yang rapat / atau antara ternakan yang mempunyai hubungan
genetik yang rapat
- contoh pengawanan anak dengan ibu atau induk jantan dengan anak betina
- kelebihan :
o Mengekalkan ciri dalaman baka
o Mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam
- kekurangan :
o Pengurangan kecegasan
o Penurunan keupayaan membiak
c. Sistem pembiakan ruminan : organ dan fungsi
· Jantan
Organ | Fungsi |
Testis | · Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis · Mengeluarkan hormon testosteron |
Skrotum | · Pelindung, penahan dan pengawal suhu testis |
Epididimis | · Mematang, memekat dan menyimpan sperma · Sebagai saluran keluar sperma daripada testis |
Vas deferens | · Sebagai saluran keluar sperma daripada epididimis |
Pundi sperma | · Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan sperma |
Kelenjar prostat | · Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineral |
Kelenjar Cowper | · Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan uretra |
Uretra | · Saluran keluar semen |
Zakar | · Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina |
· Betina
Organ | Fungsi |
Ovari | · Mengeluarkan ovum · Mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron |
Oviduktus | · Menghubungkan uterus dengan ovari · Menerima ovum |
Tanduk rahim | · Tempat ovum tersenyawa |
Uterus / rahim | · Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan · Menampung perkembangan zigot · Menyediakan nutrien untuk perkembangan zigot · Merembeskan hormon prostaglandin |
Serviks | · Menyalurkan sperma ke dalam uterus · Saluran kelahiran anak · Mengeluarkan lendir semasa estrus · Tempat pemancutan semen · Menghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting |
Faraj | · Menyalurkan semen · Saluran kelahiran |
Vulva | · Mengelilingi bukaan faraj dan uretra |
Tanda biang (estrus)
· Membenar dirinya dipanjat
· Vulva merah dan bengkak
· Terdapat mukus di vulva
· Selalu terkencing
· Sentiasa menegakkan ekor
· Mengasingkan diri
· Kurang selera makan
· Gelisah dan membising
d. Teknik pembiakan
· Pengawanan semulajadi (in-vivo)
Maksud : pejantan dan betina dibiarkan bersama (mengawan)
semasa tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan
Perbandingan kelebihan dan kekurangan pengawanan semulajadi
dengan permanian beradas
Teknik pembiakan | Kelebihan | Kekurangan |
Pengawanan semulajadi | · Tidak memerlukan kepakaran manusia - pengawanan berlaku dengan sendirinya apabila betina estrus - lembu jantan dapat mengenal pasti lembu betina yang estrus · Penternak tidak perlu mengesan estrus - lembu jantan dapat mengenal pasti lembu betina yang estrus dan melakukan pengawanan - kerja mengesan lembu estrus adalah sukar jika bilangan ternakan banyak | · Baka pejantan terpilih sukar ditentukan - pengawanan berlaku tanpa pengawasan penternak - penternak tidak tahu dengan lembu jantan mana betina telah mengawan · Kadar pejantan dengan betina terhad - pejantan tidak mampu mengawan dengan banyak lembu betina yang estrus dalam satu-satu masa - banyak lembu penjantan diperlukan jika lembu bertina banyak · Pejantan rakus menyebabkan lembu betina cedera - penjantan akan terus mengawan dengan lembu betina yang sedang estrus - kerakusan penjantan menyebabkan betina cedera seperti cedera atau luka pada bahagian belakang dan faraj · Seekor penjantan dapat melakukan permanian hanya pada seekor betina dalam satu masa - kemampuan penjantan adalah terhad - penjantan dapat mengawan dengan seekor betina sahaja pada satu masa · Data pembiakan sukar ditentukan - kerana penjantan bergaul dengan lembu betina, pengawanan berlaku dengan bebas - petani tidak dapat mengesan penjantan yang telah mengawan dengan lembu betina · Perlu kos tinggi untuk mendapatkan baka luar negeri - untuk hasil baka baru perlu import baka dari luar negeri - mengimport baka pejantan dari luar negeri memerlukan kos yang tinggi - penternak perlu menampung kos membeli, membawa dan menyelenggara baka penjantan yang diimport |
Permanian beradas | · Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesan - anak yang dilahirkan dikenal pasti keturunannya - sumber semen telah dikenal pasti bakanya · Mudah menghasilkan baka baru - boleh import semen beku baka baik dari luar negeri - kos import semen lebih murah - boleh mendapat semen dari baka jantan terpilih · Betina tidak cedera kerana kerakusan baka penjantan - baka penjantan tidak digunakan - hanya perlu menyuntik semen pada lembu betina · Kos pengendalian murah - tidak perlu simpan baka pejantan, hanya simpan semen beku - baka pejantan tidak perlu dipelihara - semen boleh diimport · Penggandaan pembiakan cepat berlaku - semen beku boleh disuntik kepada beberapa betina yang estrus serentak - banyak kelahiran serentak atau hasil banyak anak lembu yang sebaya | · Perlu kemahiran suntik semen - kemahiran menyuntik semen menentukan kejayaan permanian beradas - penternak tidak mahir melakukan suntikan semen - masih memerlukan bantuan pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan · Perlu kemahiran memerhati/mengesan estrus - estrus berlaku dalam masa yang singkat sahaja iaitu 8 – 12 jam - kegagalan mengesan estrus menyebabkan permanian beradas tidak boleh dilakukan - perlu menunggu pusingan estrus seterusnya · Tidak dapat mengesan kecacatan penjantan - kecacatan baka penjantan hanya dapat dilihat bila anak lembu dilahirkan - jika semen tersebut telah digunakan pada banyak lembu, lembu-lembu lain pun akan turut cacat |
e. Permanian beradas (in-vitro)
Maksud : menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk
betina terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette
(French Gun)
· Langkah permanian beradas
i. Penyediaan semen
o Mengumpul semen
- dua cara
- mengurut kelenjar vaskular bagi ternakan kecil seperti ayam dan itik
- menggunakan faraj palsu bagi ternakan seperti lembu dan kambing
o Mencair semen
- untuk mendapat isipadu semen lebih banyak
- boleh disuntik pada banyak induk betina
- bahan pencair seperti sitrat kuning telur, posfat kuning telur, susu segar
dan santan kelapa
o Menyimpan semen
- mengisi dalam straw , dengan isipadu 0.25 ml atau 0.5 ml yang
mengandungi 23 juta sperma
- dicetak pengenalannya
ii. Penyuntikan semen
· Pemilihan induk betina
- pilih induk betina yang estrus
- pasung
· Mengenyah beku semen
- rendam dalam air suam bersuhu 35 oC
- masukkan straw ke dalam pistolette
· Menyuntik semen ke dalam serviks
- pasung lembu
- Masukkan tangan melalui dubur untuk mengesan serviks
- kesan kedudukan uterus dan tanduk uterus
- bersih bibir faraj
- masukkan pistolette ke dalam faraj
- suntik semen ke uterus dan tengah serviks
- bersih alatan
- lepas lembu dan beri makan
No comments:
Post a Comment