Thursday, 5 January 2012

Sumbangan Iklim bagi pertumbuhan pokok


junjungfotosintesis2fotosintesis1
IKLIM

2.1      PENGENALAN -  Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan ialah
       iklim, tanah, biosis, genetik dan pengawalatur pertumbuhan

2.2    IKLIM –  Unsur iklim   ialah  cahaya, suhu, hujan dan angin


Cahaya
 Kesan cahaya  -  Fotosintesis dan Kefotokalaan                                                                                                                                                                                                                                      
a.      Fotosintesis
Satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karban dioksida, air dan tenaga cahaya matahari.
- Proses ini berlaku dalam kloroplas.
-Dalam kloroplas terdapat klorofil. Klorofil berfungsi memerangkap tenaga dari cahaya matahari.
                                  6CO2       +        12H2O               C6H12O6  +  6H2O  +  6O2
                                  (dari udara)  (diserap oleh akar)        (kanji)
 - Fotosintesis terdiri dua peringkat:
    i.            Tindak balas cahaya
-     memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas.
-       menghasilkan NADPH 
   ii.            Tindak balas gelap
-       berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas .
-       berlaku urutan tindakbalas yang dinamakan Kitar Calvin
-       menghasilkan karbohidrat

 Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis:

                        i.      Keamatan cahaya / intensiti cahaya
-     kadar fotosintesis bertambah bila keamatan cahaya bertambah 
                          ii.      Suhu
                                      -     suhu bertambah kadar fotosintesis bertambah hingga had tertentu
                          iii.       Gelombang cahaya
-     gelombang cahaya berwarna biru dan merah diperlukan dalam proses
        fotosintesis
-       gelombang cahaya berwarna biru dan merah diserap  oleh klorofil dan digunakan sebagai tenaga dalam tindak balas cahaya.          
-       jika cahaya kurang, gunakan cahaya tiruan dari lampu pijar dan  lampu pendarflour

b.      Kefotokalaan


·          Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam
·          Reaksi samada tampang atau berbunga.
·          Dipengaruhi oleh tempoh siang dan malam.
·          Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis, kacang soya,nanas dan ubi keledek, padi
·          Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak dan ubi kentang.
·          Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral terhadap tempoh siang.

          Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan


1.       Keluasan permukaan daun
·          lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat menjalankan fotosintesis.
2.       Susunan daun
·          tegak – lebih banyak daun terdedah kepada cahaya
·          susunan berlapis-lapis  – cahaya tertumpu kepada bahagian atas tumbuhan, daun di bawah kurang menerima cahaya
3.       Topografi
·          merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah.
·          permukaan bumi yang bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya matahari
·          bahagian bukit terdedah cahaya menerima lebih banyak cahaya.
                4.   Naungan
·          mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan.
·          untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti anak pokok yang baru ditanam
·          naungan gunakan jaring hitam, daun kelapa, lalang dll.

Sokongan kayu tunggal
·         lada hitam
Sokongan kayu junjung
·         kacang panjang
Sokongan berpara
·         peria
·         petola
Sokongan berpagar
·         tomato
Kaedah untuk menggalakkan penggunaan  / mendapat cahaya yang optimum

1.       Memilih tapak yang sesuai.
·          kawasan rata, lapang dan tidak terlindung oleh bangunan atau pokok besar
2.       Menanam pada jarak yang sesuai.
·          mengurangkan persaingan untuk mendapat cahaya
·          penggunaan tanah secara maksimum.
·          Corak penanaman – sistem segi empat, sistem segi tiga dan sistem siku keluang
3.       Menyediakan sokongan.
·          supaya tumbuhan memanjat mendapat cahaya yang
optimum
·          sokongan juga perlu untuk pokok jenis memanjat, berbatang lembu dan anak pokok baru ditanam
4.       Mengawal rumpai.
·          mengelak persaingan mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang
5.       Membekalkan cahaya tiruan.
·          Lampu pijar
-       bekal cahaya warna biru hingga inframerah.
-       penggunaan tenaga elektrik tidak cekap
·          Lampu pendaflour
-       bekal kurang cahaya warna merah dan inframerah.
-       penggunaan tenaga elektrik yang cekap
6.       Menanam tanaman selingan.
·          gunakan ruang antara tanaman kekal dengan menanam
       tanaman jangka pendek
·          dapat mengoptimumkan penggunaan cahaya matahari
·          tidak bazir cahaya matahari dan rumpai tidak tumbuh
7.       Mencantas.
·          membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
·          tujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima
              oleh daun di bahagian dalam

                                                                                                                                                                                                                                               
Suhu

Kesan suhu

1.       Percambahan biji benih
·          suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih.
·          suhu 21oC – 43oC meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji benih
2.       Transpirasi
·          Suhu meningkat kadar transpirasi akan meningkat.
3.       Kualiti hasil
·          hasil pertanian tahan lama jika disimpan pada suhu rendah
·          suhu rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim – hasil dapat disimpan lama
4.       Fizikal tumbuhan
·suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan membantutkan pertumbuhan/kecederaan  tanaman

Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai

1.       Memilih tapak yang sesuai
·          tanah tinggi suhu rendah seperti Cameron Highlands sesuai untuk teh dan kubis
·          tanah rendah, suhunya  tinggi, sesuai untuk tanaman tropika seperti kelapa sawit dan getah
2.       Menyediakan naungan
·          untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu
·          untuk tumbuhan yang mempunyai tisu yang lembut/anakbenih yang baru ditanam
·          bahan untuk membuat naungan seperti jaring hitam, daun kelapa, lalang kering dll
3.       Menyediakan sungkupan
·          melindungi permukaan tanah dari pancaran cahaya matahari
·          mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah
·          suhu tanah menjadi rendah

Hujan (air)

Kesan air

1.       Fotosintesis
·          air kurang – liang stoma daun akan tertutup dan menyebabkan gas CO2tidak boleh memasuki daun
·          kekurangan air dan gas CO2 menyebabkan kadar fotosintesis rendah

2.       Penyerapan dan translokasi nutrien
·          air sebagai pelarut utama nutrien
·          air sebagai medium untuk tindak balas biokimia
·          pengangkutan air dan bahan terlarut – dari akar ke bahagian lain melalui xilem
·          bahan tersintesis di daun diangkut  dari daun ke bahagian lain melalui floem
·          kekurangan air/tiada air menyebabkan proses di atas tidak berlaku

3.       Transpirasi
·          proses sejatan air melalui stoma  dapat menghilangkan haba dan menyejukkan daun
·          ketiadaan air menyebabkan proses transpirasi tidak berlaku/kurang


4.       Kesegahan sel
·          air cukup, sel akan segah dan daun berkembang sempurna untuk terima cahaya
·          kadar fotosintesis meningkat sebab daun mendapat cahaya yang cukup/optimum


Kaedah mendapatkan air yang mencukupi:

1.       Melakukan pengairan yang sesuai
·          membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman
·          contoh pengairan seperti  sistem pengairan titisan dan percikan
2.       Melakukan penyaliran yang sesuai
·          mengeluarkan air yang berlebihan dari kawasan penanaman
·          untuk mempastikan oksigen dalam tanah cukup
·          contoh perparitan seperti parit tulang hering, parit rawak dan parit selari
3.       Menanam pada masa yang sesuai
·          elak kemarau atau banjir
·          tanam pada permulaan musim hujan


Angin

                   Kesan angin

1.       Transpirasi
·          angin bertiup – kadar transpirasi bertambah
2.       Pendebungaan
·          memindahkan debunga dari bunga jantan ke stigma di bunga betina.
3.       Penyebaran penyakit dan perosak
·          tiupan angin memindahkan spora kulat ke pokok-pokok lain
·          contoh penyakit seperti karat,bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar.
·          serangga juga dipindahkan oleh angin seperti afid, trip dan ulat bungkus.
4.       Fizikal tumbuhan
·          kerosakan secara mekanik ke atas tanaman -         contoh pokok tumbang, dahan patah, daun terkoyak dll


Amalan elak kerosakan oleh ribut
1.       Adang angin
·          menanam pokok besar   di sekeliling ladang
2.       Memilih tapak
·          elak daripada menanam pokok pisang dan sesetengah klon getah di kawasan
      yang mengalami tiupan angin kencang
3.       Menyediakan sokongan
·          untuk mengelak pokok mudah tumbang terutama anak pokok
·          membina struktur sokongan untuk pokok-pokok besar yang ditanam semula
      dalam landskap
4.       Menanam pada jarak yang sesuai
·          menanam pada jarak yang sesuai menghasilkan tanaman kuat dan tegap
      supaya tidak mudah tumbang ditiup angin

No comments:

Post a Comment