Thursday, 29 September 2011

makanan sampingan




*.* Makanan Sampingan atau Kudapan (Treats) *.*


'Treats' atau makanan sampingan (kudapan).

Kudapan yang berlebihan amat tidak baik untuk arnab, samalah juga untuk manusia. Kebanyakan kudapan yang dijual di kedai haiwan mengandungi kadar gula dan karbohidrat tenaga makanan yang tinggi. Jika seseorang pemilik arnab mahu memberi arnabnya kudapan juga, kudapan yang terbaik ialah buah-buahan.Antara buah-buahan yang terpilih(biji mestilah dibuang) ialah Betik, Pisang, Mangga, Nenas, Epal, Kiwi, Beri, Oren dan buah-buah dari jenis sitrus yang lain.

Nenas, mangga dan betik semuanya mengandungi enzim semulajadi yang dipercayai dapat mengurangkan masalah bebola bulu atau istilah lainnya 'Hairball'.

Buah-buahan atau kudapan lain mestilah diberi mengikut kadar yang sederhana, jika tidak arnab senang menjadi terlalu gemuk(overweight) dan menghadapi masalah kesihatan.Kadar diet sepatutnya mestilah tidak lebih dari setengah sudu masak sehari, dimana pemberian sepotong betik sekali seminggu adalah berpatutan.

Bagaimanapun, buah-buahan segar 'tidak boleh' diberi untuk arnab dibawah umur 4 bulan(sesetengah arnab 2bulan), ini kerana sistem penghadaman arnab pada usia initidak boleh memproses buah atau sayur segar. Jika diberi juga, arnab anda akan berhadapan dengan masalah radang usus(enteritis) yang mengakibatkan kematian dalam 48 jam!Sesetengah pendapat mengatakan arnab boleh diberi sayur salad(lettuce), ini adalah tidak baik kerana salad mengandungi sedikit atau tidak ada langsung kadar nutrisi untuk kegunaan arnab dan sekali lagi boleh menyebabkan radang usus yang membawa kepada kematian.

No comments:

Post a Comment