Thursday, 29 September 2011

Artikel - Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Arnab



Pengenalan
Arnab merupakan haiwan mamalia dalam order lagomorpha dari filum kordata yang berasal dari persekitaran bebas zon iklim sederhana. Terdapat lebih 72 spesis arnab yang telah dikenal pasti di seluruh dunia dan sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Arnab yang terdapat di negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia asalnya dibawa oleh pendatang seperti penjajah, pedagang dan imigran.
Di habitat semulajadi, Arnab hidup berkoloni dan tinggal dalam lubang yang digalinya serta membiak dengan cepat. Arnab merupakan haiwan herbivor yang setiap seekor mampu menghabiskan 1 kg makanannya sehari sehingga ia menjadi musuh utama kepada petani di kawasan beriklim sederhana.
Arnab membiak sebagaimana mamalia lain dengan melahirkan dan menyusukan anaknya. Usia matang arnab betina (doe) ialah sekitar 4 - 5 bulan manakala arnab jantan (buck) sekitar 5 - 6 bulan. Tempoh bunting arnab betina ialah antara 30 - 35 hari dengan purata bilangan anak 5 ekor dan akan mengawan semula 48 jam selepas melahirkan anak.
Jangka hayat arnab ialah 12 tahun dan jangka hayat produktif untuk membiak ialah sekitar 6 bulan hingga 3 tahun. Bagi penternakan komersil, jangka masa produkdif dihadkan kepada 2 tahun.
Fakta Lain
Nama Saintifik
Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa
: Doe
Panggilan untuk jantan dewasa
: Buck
Panggilan untuk anak
: Kittens
Bilangan anak setiap kelahiran
: 4 - 12 ekor
Berat anak waktu lahir
: 30 - 80 g
Tempoh buka mata
: 10 hari
Purata berat matang
: Jantan 1 - 5 kg Betina 1 - 8 kg
Tempoh henti menyusu
: 4 - 7 minggu
Suhu badan
: 38 - 40 C
Kadar denyutan jantung
: 120 - 325 seminit
Kadar pernafasan
32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat
: 1 m
Rekod dunia paling jauh melompat
: 3 m
Telinga paling panjang
: 31.125 in
Paling lama hidup
: 19 tahun
Bilangan jari kaki
: 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan (18 jari)
Warna bulu
Lebih dari 150
Warna mata
Coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif
Awal pagi dan malam


No comments:

Post a Comment