Arnab kontemporari ialah pelbagai jenis arnab yang wujud hasil dari kegiatan percubaan pembiak baka arnab untuk menghasilkan baka arnab baru yang bertujuan memperbaiki atau meningkatkan nilai estetika pada arnab hias sedia ada. Baka arnab baru ini dihasilkan dengan kaedah kacukan silang yang terancang secara bersiri.
Antara jenis arnab kontemporari yang popular di Malaysia ialah arnab lion head tempatan (Malayan Lion Head). Arnab jenis ini dihasilkan melalui proses kacukan arnab jenis angora seperti English Angora, Turkey Angora dsb dengan arnab tempatan. Walaupun arnab lion head tempatan tidak setanding dengan arnab lion head di negara barat, arnab lion head tempatan mendapat sambutan hangat terutamanya pada era pertengahan tahun 2010.
Arnab Lion Head
Menjelang tahun 2011 ini, ramai pembiak baka yang telah mahir menghasilkan arnab lion head. Seiring itu, ramai pula peminat arnablion head yang berpengalaman memelihara arnab lion head mendapati arnab lion head tempatan kelihatan cantik dan menarik hanya semasa kecil iaitu ketika berumur 1 - 2 bulan. Kebanyakan arnab lion head tempatan berubah rupa apabila menjangkau usia matang. Kehilangan surai yang ketara menjadikan arnab lion head ini seperti kembali ke rupa asal ibunya iaitu arnab tempatan atau arnab kampung ! Ramai peminat lion head kecewa dengan fenomena ini.
Selain arnab lion head tempatan, ramai juga peminat arnab kontemporari yang lebih 'advance' mengumpul baka arnab import terutamanya dari Thailand. Ribuan arnab jenis Teddy Bear, Woody Toy, Jersey Wooly dsb. dibawa masuk ke Malaysia. Walaupun arnab ini lebih 'advance', namun ia juga tidak terlepas dari kemerosotan nilai estetikanya apabila menjangkau usia matang. Ada yang berubah rupa dan kebanyakannya mengalami masalah simpul bulu (hair balls) yang kronik dan sukar diurus.
Pembiak baka yang bersemangat tegar tidak berputus asa. Percubaan demi percubaan dijalankan bagi membaiki kualiti estetika arnab hias. Menjelang awal tahun 2011 ini, arnab jenis Mixed-Angora mula mendapat tempat. Arnab Mixed-Angora yang berbulu panjang yang diwarisi dari genetik arnab jenis Angora dijangka dapat memenuhi kehendak peminat arnab hias berbulu panjang. Baka ini boleh dihasilkan secara besar-besaran dan mampu dikeluarkan dengan kos yang agak rendah. Ini akan membolehkan arnab jenis ini dipasarkan dengan harga serendah RM65.00 seekor pada usia sebulan.
Mixed Angora (2 bulan)
Arnab Mixed-Angora yang dihasilkan dengan kaedah kacukan silang biasa tetap tidak terlepas daripada masalah simpul bulu (hair balls) namun terdapat kaedah kacukan yang mampu menghasilkan Arnab Mixed-Angora yang lebih menarik (mirip Teddy Bear) dengan warna yang lebih menarik (harlequin) dan bulu lembut yang tidak mengalami masalah simpul bulu (hair balls). Arnab jenis ini telah berjaya dihasilkan di Perak oleh sekumpulan pembiak baka dari KPPBA Rabbit Cabana di bawah tajaan Visi Klasik Resources dan di namai Perak Breed SE. Pada masa ini hanya induknya berjaya dihasilkan dan belum dikeluarkan untuk pasaran. Arnab jenis ini dijangka akan berada di pasaran menjelang bulan Jun 2011.
Perak Breed SE Lion Head & New Teddy Bear L
Dalam siri arnab kontemporari Perak Breed SE terdapat juga arnab jenis lion head SE (Double Manned Super G1), Mixed-Angora (Triple Manned Lion Head) , Mixed-Angora SE, dan New Teddy Bear L.
No comments:
Post a Comment