Thursday, 29 September 2011

Artikel - Hasil Sampingan Ternakan Arnab



Hasil Sampingan Ternakan Arnab
Antara hasil sampingan ternakan arnab ialah kompos tinja arnab. Kompos tinja arnab boleh membantu memperbaiki stuktur tanah agar sentiasa subur dan sesuai untuk tanaman. Tinja arnab diproses secara semulajadi oleh agen pengurai biologi dengan kandungan humus yang tinggi bagi mengekalkan kesuburan tanah. Penggunaan kompos arnab sesuai sebagai alternatif kepada penggunaan baja kimia dan mepunyai kelebihan tersendiri berbanding kompos ternakan yang lain seperti kompos tinja ayam atau tinja lembu.
Bandingan kandungan khasiat kimia yang diperlukan tumbuhan dalam kompos tinja arnab berbanding kompos tinja ayam dan tinja lembu :

Kandungan organik
Kompos arnab
Kompos ayam
Kompos lembu
Nitrogen
2.20
1.97
1.08
Phosphorus
0.87
1.93
0.56
Potassium
2.30
1.80
1.30
Calcium
1.26
7.32
1.36
Magnesium
0.40
0.35
0.36

No comments:

Post a Comment