Thursday, 29 September 2011

cirit birit - cara mengatasi nya


Penyakit cirit-birit atau dikenali juga sebagai diorrhea merupakan masalah yang paling kerap dialami oleh arnab seawal usia 2 bulan ke bawah dan juga arnab dewasa (jarang).
Penyebab utama ialah berpunca daripada makanan & minuman.
Makanan – rumput/sayur. Kadang-kala bila arnab dilepaskan dari sangkar, arnab akan makan rumput-rumput di laman rumah. Jika anda nak bagi arnab sayur, bagi dalam kuantiti sedikit dahulu. Lihat perubahan pada arnab. Biasanya arnab baka angora kurang sesuai makan rumput/sayur segar.
Minuman – mungkin dari sumber air yang kotor seperti air paip. Seeloknya guna air tapis, air mineral atau air RO. Campurkan air ini dengan Em4, InsyaAllah arnab anda akan sihat walafiat dan produktif.
Bagaimana nak rawat arnab cirit-birit?
Antara cara/rawatan yang sering dipraktiskan ialah seperti berikut :-
  1. Rawatan ORS, bancuh sendiri atau dapatkan ORS di farmasi.
  2. Bagi minum yakult sehingga arnab sembuh
  3. Bagi ubat pil chi kit teck aun, bancuh & bagi arnab minum.
  4. Ubat khas cirit-birit untuk arnab

>> Yakult, putih

>> Pil chi kit teck un  
>> Scourban Plus, ubat cirit-birit sesuai untuk semua haiwan. Diberi secara oral.
Tindakan yang perlu anda lakukan.
Asingkan arnab yang cirit-birit. Cuci bontotnya, jangan dibiarkan kerana lalat akan menghurung dan akan bertelur dan mungkin akan memudaratkan lagi arnab anda.
Rawatan cirit-birit harus dilakukan segera, sekiranya anda biarkan dalam tempoh 2-3 hari arnab anda akan mati akibat kesakitan.

No comments:

Post a Comment