Friday, 30 September 2011

penjagaan arnab


MEMILIH SANGKAR
Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran
Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal  dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24” x 36” untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30” x 36” untuk arnab yang lebih besar.
Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.
Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.
Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih practical tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.
 p2070416
Sangkar 2 tingkat dengan ukuran 4′ x 2′ x 2′
p2070422
Sangkar hendahlah selesa, boleh memuatkan ‘Toilet tray’ dan juga bekas makanan dan minuman, sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak bosan.

Kemasan Bulu/ Grooming
Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.
Menyikat atau memberus
Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.
Sikat @ Slicker dan Berus untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com
pro-slicker20brush_s1marukanbrushsmallanis_smr40bigs_spowder-brush

untuk mendapatkannyer dan keterangan lanjut Hubungi ChubbyPetGarden
Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.
Adalah digalakan melakakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.
Membuang Gumpalan Bulu
Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnyer , kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut. Atau anda boleh memdapatkan FURMINATOR untuk menyelesaikan masalah anda.
Adakah arnab perlu dimandikan?
TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Hanrus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.
Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.
powder-shampoo
Powder Shampoo untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkanyer di ChubbyPetGarden – Online Store


MEMOTONG KUKU
Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.

Thursday, 29 September 2011

APAKAH HIDROPONIK?



Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

KELEBIHAN HIDROPONIK

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

    * Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
    * Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
    * Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
    * Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
    * Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
    * Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.



APAKAH SET KAZZPONIC HIDROPONIK DOMESTIK (TANPA PAM)

Set KAZZPONIC Hidroponik Domestik merupakan peralatan yang ringkas dan mudah serta murah yang boleh digunakan oleh semua golongan. Ia berupaya menghasilkan sayuran segar,bersih dan bebas dari sisa racun dengan hanya diletakkan di beranda/balkoni, kakilima/corridor,porch dan patio rumah anda. Set ini sesuai untuk mereka yang ketiadaan tanah untuk bercucuk tanam seperti dikawasan rumah teres, rumah pangsa, pangsapuri/apartment/kondominium dan menggunakan larutan baja hidroponik sahaja.

APAKAH KELEBIHAN SET KAZZ PONIC HIDROPONIK DOMESTIK?

Set ini cukup mudah untuk digunakan dan disamping itu ia tidak menggunakan pam elektrik, murah praktikal, boleh menanam sayuran disepanjang tahun (tanpa musim), tidak perlu penyiraman dan tidak perlu merumput. Yang mustahak adalah ia bebas dari semburan racun serangga. Anda akan menikmati sayuran segar dan bersih dari sisa racun.

BOLEHKAH SISTEM KAZZPONIC INI DIJADIKAN SEBAGAI HOBI?

Ya.! Ini terbukti dari sambutan orang ramai terutama warga kota dan mereka yang tidak mempunyai ruang tanah/kawasan untuk bercucuk tanam. Tambahan pula penanaman dengan cara ini tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi didalam bidang pertanian.

BOLEHKAH PENANAMAN CARA KAZZPONIC HIDROPONIK DOMESTIK DIJADIKAN LANDSKAP?

Ya.! Jika anda memiliki 4 atau 5 set hidroponik domestik dirumah dan disusun disepanjang corridor rumah anda, ia boleh menjadi seolah-olah sepeti `bunga-bungaan’. Anda dan jiran-jiran anda akan terpesona dengan sayur-sayuran anda yang subur dan segar menghijau disekitar rumah anda. Tambahan pula keadaannya yang bersih dan segar.

BAGAIMANA SISTEM INI DAPAT MENGHASILKAN SAYUR-SAYURAN UNTUK KEGUNAAN SENDIRI?

Jangkamasa penghasilan satu-satu jenis tanaman sayuran adalah lebih kurang 4 minggu. Dengan penanaman berperingkat umpamanya 4 set hidroponik domestik seminggu dan dibuat 4 minggu berturut-turut, anda akan dapat menikmati sayuran setiap hari tanpa perlu lagi pergi ke pasar. Ini tentu sekali dapat menjimatkan atau mengurangkan perbelanjaan harian anda.

APAKAH KANDUNGAN BAJA YANG TERDAPAT DALAM SISTEM KAZZPONIC INI?

Kandungan baja hidroponik untuk pemakanan pokok mengandungi unsur-unsur Makro seperti Nitrogen, Pasfurus, Kalium, Kalsium dan Sulfur. Dan juga unsur- unsur Mikro seperti Ferum, Mangganan, Zink, Kuprum, Boron dan Molybdenum.

BOLEHKAH SISTEM KAZZPONIC INI DIJADIKAN ALAT BANTUAN MENGAJAR?

Ya!. Kebelakangan ini kebanyakan sekolah telah menggunakan sistem ini didalam matapelajaran Kemahiran Hidup.

Tanaman Yang Sesuai

Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya

Bunga - ros, orkid, marigold dsb.

Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants.

Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.

Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain.

Keperluan Untuk Pertumbuahan

Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.

Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan.

Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL



  1. SISTEM PENGELUARAN
BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-
  1. Unit pembiakan baka.
    Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
  2. Unit pengeluaran daging.
    Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
    Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
  • BAKA
APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
  1. New Zealand White.
  2. Calfornian.
  3. Carolina.
  4. New Simonare.
  5. Sepanyol.
  • PEMILIHAN BAKA
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?
Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:
  1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
  2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
  3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
  4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
  • PUSAT JUALAN BAKA
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.
Namun begftu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
  • SAIZ EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING
  1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaftu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
  2. Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
  3. Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
  • PEMILIHAN KAWASAN
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
  1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
  2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain.
  3. Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
  4. Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
  5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.
  • KAWALAN PENYAKIT
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
  1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
  2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
  3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
  4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
  5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
  6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
  7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
  • MENYIMPAN REKOD
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
  1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
  2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
  3. Untuk memudahkan program pembiakan.
  4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.
  • MAKANAN UTAMA
DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?
Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.
Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.
Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.
  • CARA PEMBERIAN MAKANAN
ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?
Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.
Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
  • MAKANAN TAMBAHAN
ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?
Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.
Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.
  • PEMBIAKAN
BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
  • KEKERAPAN MENGAWAN
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
  • KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.
  • MENINGGIKAN KEBERNASAN
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.
  • TEMPOH BUNTING
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
  • BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting paisu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
  • ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
  • MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
  • IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
  • CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.
Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.
  • PENENTUAN JANTINA
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
  • HASIL SAMPINGAN
KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?
Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).
Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:
  1. Glu (gam)
  2. Baja (baja kompos)
  • CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB
BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.
Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
  1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
  2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
  3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
  4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
  5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
  6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.
  • KHIDMAT NASIHAT
DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?
Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti alamat di bawah:
IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN,
TINGKAT 8 & 9, BLOK A,
WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN,
BUKIT DAMANSARA,
50630 KUALA LUMPUR.

[u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB)
TEL: 03-2540077
SAMBUNGAN: 144 dan 145

Arnab Kontemporari



Arnab kontemporari ialah pelbagai jenis arnab yang wujud hasil dari kegiatan percubaan pembiak baka arnab untuk menghasilkan baka arnab baru yang bertujuan memperbaiki atau meningkatkan nilai estetika pada arnab hias sedia ada. Baka arnab baru ini dihasilkan dengan kaedah kacukan silang yang terancang secara bersiri.
Antara jenis arnab kontemporari yang popular di Malaysia ialah arnab lion head tempatan (Malayan Lion Head). Arnab jenis ini dihasilkan melalui proses kacukan arnab jenis angora seperti English AngoraTurkey Angora dsb dengan arnab tempatan. Walaupun arnab lion head tempatan tidak setanding dengan arnab lion head di negara barat, arnab lion head tempatan mendapat sambutan hangat terutamanya pada era pertengahan tahun 2010.
 
Arnab Lion Head
Menjelang tahun 2011 ini, ramai pembiak baka yang telah mahir menghasilkan arnab lion head. Seiring itu, ramai pula peminat arnablion head yang berpengalaman memelihara arnab lion head mendapati arnab lion head tempatan kelihatan cantik dan menarik hanya semasa kecil iaitu ketika berumur 1 - 2 bulan. Kebanyakan arnab lion head tempatan berubah rupa apabila menjangkau usia matang. Kehilangan surai yang ketara menjadikan arnab lion head ini seperti kembali ke rupa asal ibunya iaitu arnab tempatan atau arnab kampung ! Ramai peminat lion head kecewa dengan fenomena ini.
Selain arnab lion head tempatan, ramai juga peminat arnab kontemporari yang lebih 'advance' mengumpul baka arnab import terutamanya dari Thailand. Ribuan arnab jenis Teddy BearWoody ToyJersey Wooly dsb. dibawa masuk ke Malaysia. Walaupun arnab ini lebih 'advance', namun ia juga tidak terlepas dari kemerosotan nilai estetikanya apabila menjangkau usia matang. Ada yang berubah rupa dan kebanyakannya mengalami masalah simpul bulu (hair balls) yang kronik dan sukar diurus.
Pembiak baka yang bersemangat tegar tidak berputus asa. Percubaan demi percubaan dijalankan bagi membaiki kualiti estetika arnab hias. Menjelang awal tahun 2011 ini, arnab jenis Mixed-Angora mula mendapat tempat. Arnab Mixed-Angora yang berbulu panjang yang diwarisi dari genetik arnab jenis Angora dijangka dapat memenuhi kehendak peminat arnab hias berbulu panjang. Baka ini boleh dihasilkan secara besar-besaran dan mampu dikeluarkan dengan kos yang agak rendah. Ini akan membolehkan arnab jenis ini dipasarkan dengan harga serendah RM65.00 seekor pada usia sebulan.
 
Mixed Angora (2 bulan)
Arnab Mixed-Angora yang dihasilkan dengan kaedah kacukan silang biasa tetap tidak terlepas daripada masalah simpul bulu (hair balls) namun terdapat kaedah kacukan yang mampu menghasilkan Arnab Mixed-Angora yang lebih menarik (mirip Teddy Bear) dengan warna yang lebih menarik (harlequin) dan bulu lembut yang tidak mengalami masalah simpul bulu (hair balls). Arnab jenis ini telah berjaya dihasilkan di Perak oleh sekumpulan pembiak baka dari KPPBA Rabbit Cabana di bawah tajaan Visi Klasik Resources dan di namai Perak Breed SE. Pada masa ini hanya induknya berjaya dihasilkan dan belum dikeluarkan untuk pasaran. Arnab jenis ini dijangka akan berada di pasaran menjelang bulan Jun 2011.
  
Perak Breed SE Lion Head & New Teddy Bear L
Dalam siri arnab kontemporari Perak Breed SE terdapat juga arnab jenis lion head SE (Double Manned Super G1), Mixed-Angora (Triple Manned Lion Head) , Mixed-Angora SE, dan New Teddy Bear L. 

Artikel - Panduan Membeli Arnab



Panduan Membeli Arnab
Buat Pilihan Berdasarkan Tujuan
Sebelum membeli arnab, banyak perkara yang sepatutnya anda pertimbangkan. Yang paling utama ialah tujuan anda membeli arnab itu.
Biasanya seseorang itu membeli arnab kerana ;
  • Anak-anak anda merengek minta belikan arnab
Belilah anak arnab tempatan (Local long eared hare / arnab kampung) yang mempunyai warna yang cantik (oren) dan dijual dengan harga RM15.00 - RM18.00 seekor pada usia 1 bulan. Ini kerana arnab baka ini lebih tahan lasak dan mudah dipelihara. Arnab jenis ini juga mudah jinak dan manja jika anda rajin melayannya. Ia juga dari jenis yang mudah membiak dan pandai menjaga anak.Jika anda tidak mahu arnab anda membiak dengan banyak, peliharalah arnab jantan sahaja kerana menurut kajian dan pengalaman kami, arnab jantan tidak akan melahirkan anak.
  • Ramai kawan-kawan bercerita tentang pemeliharaan arnab dan anda tidak mahu ketinggalan
Anda dinasihatkan tidak membeli arnab atas sebab ini semata-mata. Jika anda tidak mahu mengalah juga, belilah arnab dari jenis yang lebih mahal dari apa yang mereka ada dan tayanglah arnab anda itu kepada mereka. Walaubagaimanapun, anda perlu pastikan arnab yang anda beli itu benar-benar berkualiti dan dari baka yang terjamin serta dari tangan pembiak baka yang disegani. Jika anda tertipu atau membeli baka yang tidak betul nescaya anda akan digelakkan oleh kawan-kawan anda. Barulah padan muka anda !
  • Jiran-jiran ada memelihara arnab dan anda tidak mahu ketinggalan
Anda juga dinasihatkan tidak membeli arnab atas sebab ini . Jika anda tidak mahu mengalah juga, belilah arnab dari jenis yang lebih mahal seperti Rexa, Rex, English Angora dan sebagainya serta dalam kuantiti yang lebih banyak dari jiran-jiran anda. Kemudian tayanglah arnab anda itu kepada mereka serta perlekehkan mereka. Seterusnya anda juga digalakkan mencabar mereka supaya membeli arnab yang mahal seperti anda. Walaubagaimanapun, anda perlu juga pastikan arnab yang anda beli itu benar-benar berkualiti dan dari baka yang terjamin serta dari tangan pembiak baka yang disegani. Jika anda tertipu atau membeli baka yang tidak betul nescaya anda akan digelakkan oleh jiran-jiran anda. Barulah padan muka anda !
  • Tertarik kerana rupanya yang comel dan bulunya yang gebu
Anda seorang yang tahu menghargai nilai estetika. Anda perlu diperingatkan bahawa anak arnab yang kelihatan comel itu akan berubah rupanya dan bulunya menjadi kasar apabila dewasa (4 - 6 bulan). Jadi pertimbangkanlah untuk memelihara arnab yang mempunyai rupa yang comel dan bulu yang kekal gebu hingga dewasa seperti arnab jenis Rex, American Chincilla, Teddy Bear, Jersey Wooley, Turkey Angora, dll. Untuk pengetahuan anda, arnab jenis English Angora, Turkey Angora, Teddy Bear dan Jersey Wooley biasanya mengalami masalah bulu bersimpul (hairball) apabila dewasa. Jika anda tidak bersedia untuk menguruskan masalah ini, elakkanlah membeli arnab jenis ini sebaliknya pilihlah arnab Rex yang berbulu lembut seperti baldu atau American Chincilla yang tidak berbulu panjang.
  • Anda memang seorang yang menyayangi hawan dan ingin memeliharanya sebagai haiwan kesayangan
Jika anda seorang yang berduit, belilah arnab yang bernilai agak tinggi seperti Rexa, Rex, English Angora, Teddy Bear, Jersey Wooley, Turkey Angora, dll. Ini kerana arnab ini sangat diminati ramai dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Disamping menyayanginya anda juga boleh berbangga kerana memilikinya. Jika anda tidak mempunyai bajet yang besar, memadailah anda membeli arnab jenis lion head yang berkualiti (G1) kerana arnab lion head G1 juga mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia. Walaubagaimanapun anda perlu berhati-hati kerana arnab jenis ini tidak boleh dibeli dari penternak arnab atau penjual arnab di pasar malam atau uptown.  Arnab jenis ini hanya boleh diperolehi dari pembiak baka arnab yang berpengalaman. Arnab lion head yang dijual oleh penternak arnab atau penjual arnab di pasar malam atau uptown dengan harga sekitar RM35.00 seekor adalah anak arnab lion head G2 dan G3 malah ada juga dari gred G4 kerana dibiakkan dari baka lion head sedangkan lion head G1 bukan dibiakkan dari arnab lion head sebaliknya dihasilkan dari kacukan dua jenis arnab tertentu yang menghasilkan arnab jenis lion head ! Harga pasaran arnab lion head G1 ialah antara RM65.00 (1 bulan) |  RM85.00 (2 bulan) | RM120.00 (3 bulan) | RM180.00 (4 bulan). Jarang sekali pembiak baka menjual arnab lion head G1 yang berusia lebih 4 bulan.
  • Anda pernah memelihara arnab dan arnab anda mati lalu anda membelinya semula
Hentikanlah hobi anda membeli arnab. Anda perlu merujuk kepada penternak atau pembiak baka yang berpengalaman terlebih dahulu untuk mendapatkan bimbingan dan panduan yang betul. Setelah anda yakin menemui kaedah mengatasi masalah kematian arnab anda, barulah anda cuba semula meneruskan minat memelihara arnab. Ini kerana walaupun memelihara arnab tidak susah tetapi anda memerlukan pengetahuan khusus supaya anda tidak mengulangi kerja yang sia-sia.
  •  Ingin memeliharanya sekadar suka-suka dan cuba membiakkannya. Kalau berjaya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan
Sebelum membeli arnab, anda disarankan mengubah sikap anda. Anda tidak sepatutnya meneruskan hasrat anda jika sekadar ingin mencuba nasib. Bidang penternakan arnab bukan suatu bidang yang boleh diambil mudah. Anda perlu menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini jika ingin berjaya. Dengan pengetahuan dan pengalaman, anda boleh menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan sampingan malah boleh juga memajukannya sebagai sumber pendapatan yang lumayan.
  • Arnab nampaknya laris di pasaran dan berpotensi dijadikan sumber pendapatan
Janganlah anda teruja kerana melihat jualan anak arnab yang laris lalu mengambil keputusan untuk memulakan projek ternakan arnab. Anda perlu mengambil kira dan merancang pelbagai aspek untuk berjaya seperti kaedah pemasaran yang sesuai, jenis arnab yang akan mendapat sambutan, kapasiti permintaan dalam sesuatu jangka masa, kapasiti pengeluaran sedia ada di pasaran dan sebagainya. Rancanglah projek anda dengan teliti, elakkan kesilapan pemilihan baka, tetapkan kapasiti pengeluaran, dan plan pemasaran yang jelas
  • Ingin belajar memelihara arnab dan cuba menceburi bidang penternakan arnab
Dapatkan bimbingan dan panduan dari penternak atau pembiak baka yang berpengalaman terlebih dahulu. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan yang perlu. Seterusnya rancanglah plan projek yang jelas. Dapatkan bekalan baka yang sesuai dan berkualiti dari pembiak baka yang boleh dipercayai. Elakkan sikap sekadar mencuba. Rancang projek kecil secara praktikal disamping banyak membuat rujukan untuk meningkatkan potensi diri.
  • Ingin memulakan perusahaan ternakan arnab secara kecil-kecilan
Pastikan halatuju anda terlebih dahulu. Rancang projek anda dengan teliti. Tentukan jenis produk atau baka yang ingin anda hasilkan. Kenalpasti kemampuan diri sebelum menentukan saiz projek. Sediakan diri dengan pengetahuan dan pengalaman dan sertai kumpulan penternak sekitar anda untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
  • Ingin mengusahakan penternakan arnab secara komersil
Sehingga kini, bidang penternakan arnab bukan suatu bidang komersil. Projek ternakan dan biak baka arnab secara kecil-kecilan yang terancang lebih berjaya dan lebih menguntung .
Beli dari Pembiak Baka yang Berwibawa
Anda disarankan agar membeli arnab dari pembiak baka yang berwibawa kerana baka yang bakal anda pelihara dan biakkan nanti akan mendapat kepercayaan pembeli yang lain pula. Selain itu, pembiak baka yang berwibawa akan menjaga reputasinya maka mereka akan memastikan baka yang dijual adalah tulen atau memberi keterangan yang jelas terhadap baka yang dihasilkannya dan akan mengurangkan risiko anda tertipu.
Anda juga perlu membezakan antara penternak dan pembiak baka. Ramai penternak yang mengaku sebagai pembiak baka sedangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman terperinci dalam bidang ini malah ramai di antara mereka tidak dapat mengenal jenis-jenis arnab dengan tepat. Saya sering mendapat aduan dari pembeli yang merasakan diri mereka tertipu setelah arnab yang dipelihara mencapai umur matang dan gagal menunjukkan rupa dan ciri-ciri jenis arnab yang dinyatakan penjual misalnya pembeli membeli anak arnab Angora dengan harga yang mahal tetapi apabila besar arnab lionhead jadinya. Ada juga pembeli yang membeli arnab yang didakwa jenis Hotot, "celak pure" kata penjualnya tetapi apabila dirujuk kepada saya, didapati arnab itu cuma arnab pedaging yang mempunyai tompok hitam pada sekitar ke dua belah matanya. Selain itu, ada juga rakan saya yang terbeli anak arnab tempatan yang berusia tidak sampai 3 minggu yang didakwa penjual sebagai Netherland Dwarf.
Anak arnab yang berusia sekitar 3 minggu - 1 bulan memang kelihatan hampir serupa antara kebanyakan jenis namun pembiak baka yang berpengalaman dapat membezakannya dengan mudah malah menelah rupa dan kualitinya apabila dewasa.

Artikel - Arnab Lion Head



Arnab Lion Head
Pengenalan
Arnab lion head merupakan antara baka arnab domestik yang terbaru dihasilkan walaupun belum dikenalpasti secara sah oleh American Rabbit Breeders' Association (ARBA) .  Arnab lion head mempunyai surai atau bulu panjang di belakang kepala yang dikenali sebagai "mane" sebagaimana singa jantan bersesuaian dengan namanya. Karektor lain bagi lion head termasuklah bentuk kepala yang bulat dan bersaiz kecil, biasanya 2.5 - 3.5 pound. Selain itu, telinganya agak pendek dan lebih tebal berbanding kebanyakan arnab jenis lain.
Arnab lion head berasal dari Belgium. Ia dilaporkan telah terhasil oleh kegiatan pembiak baka yang ingin menghasilkan arnab katik (dwarf) yang berbulu panjang melalui pembiakan silang antara Swiss Fox dan Belgian dwarf. Arnab lion head mendapat sambutan menggalakkan dan lebih popular daripada arnab katik berbulu panjang. Oleh itu pembiak baka memberi tumpuan lebih serius dalam menghasilkan arnab jenis ini.
Arnab lion head mempunyai badan yang kecil, berkepala agak bundar walaupun tidak kelihatan begitu bulat dari semua sudut beserta bentuk rahang, dagu dan hidung yang kemas. Kakinya sederhana panjang dengan binaan tulang yang sederhana juga. Telinga arnab lion head tidak melebihi 3 1/2 inci panjangnya. surai sekurang-kurangnya sepanjang 2 inci di seluruh keliling bahagian kepala mengunjur ke belakang leher seperti huruf "V". Sebahagian surai berjuntai di hadapan bahagian tengah kepala antara dua telinga sebagai remos (fringe) membentuk seperti topi bulu (wool cap) yang juga dikenali sebagai "crown". Sesetengah arnab lion head jelas menampakkan bulu lebih panjang di bahagian pipi dan dadanya. Arnab lion head biasanya kelihatan diliputi bulu lebat yang sederhana panjang di kebanyakan bahagian badannya malah ada yang meliputi keseluruhan badannya apabila mencapai usia dewasa.
Baka ini telah dikenalpasti sejak tahun 2002 oleh British Rabbit Council dan buat masa ini ia mempunyai status "Certificate of Development" dengan American Rabbit Breeders' Association (ARBA). Pembentang untuk baka ini ini sekarang ialah Theresa Mueller dari SeattleWA dan beliau akan membuat pembentangan pertamanya di 2010 ARBA Convention di Minneapolis, MN pada bulan  November ini. Theresa perlu menjayakan tiga pembentangan dalam tempoh 5 tahun seterusnya supaya baka ini mendapat perakuan status baka dikenalpasti oleh ARBA. Pemegang COD (COD holders) sebaris dibelakang Theresa termasuklah Dawn Guth (OH), Lynne Schultz (NE), Lee A. Nevills (IN), Anita Moore (IN), Regina Mayhugh (OH), dan Kim Croak (PA).
Manes
Bagi sesuatu jenis baka arnab lion head, secara tipikalnya, "mane" adalah tebal, "woolly" dan lembut dengan banyak "crimping" yang jelas kelihatan. Bergantung kepada set gen yang diwarisi oleh seseekor arnab lion head, ia boleh memiliki set surai berganda (2 mane genes), set surai tunggal  (1 mane gene), atau surai sifar (0 mane genes).
Arnab Lion Head Surai Tunggal (Single maned lionhead rabbits)
Mempunyai mane di sekeliling kepala, telinga, dagu dan kadang kala di bahagian dada. Gen untuk surai tunggal ialah Mm. Biasanya bulu surai ini menyusut atau berkurangan apapila arnab ini semakin meningkat usianya.
Arnab Lion Head Surai Berganda (Double maned lionhead rabbits)
Arnab lion head surai berganda mempunyai bulu surai yang biasa di keseluruhan keliling kepala dan sebahagiannya mempunyai bulu peralihan (transitional wool) di bahagian paha dan sekitar bahagian sukuan belakang hingga ke ekor tetapi bukan pada ekor yang biasanya dipanggil "skirt". Penggemar lion head di barat menganggap "skirt" sebagai sesuatu yang tidak diingini (undesirable) bagi tujuan pertunjukan.Gen untuk surai berganda (double mane) ialah MM.
Arnab Lion Head Surai Sifar (No maned lionhead rabbits)
Arnab lion head surai sifar tidak memiliki surai. Ia kelihatan seperti arnab biasa atau kelihatan seperti arnab Netherland Dwarf besar. Gen bagi baka jenis ini ialah mm.

Artikel - Panduan Penjagaan Arnab Hias



Panduan Penjagaan Arnab Hias
Pemakanan Arnab Hias
Penyediaan atau pemilihan diet untuk arnab hias memerlukan pengetahuan agak terperinci mengenai sistem penghazaman dan nutrisi yang diperlukan oleh arnab. Perkara paling asas perlu diingati ialah diet arnab hias tidak memerlukan kandungan gula dan protein yang tinggi atau sejumlah makanan yang banyak sebagaimana arnab pedaging. Jika anda memberikan makanan campuran yang pelbagai mengikut anggaran keperluan dietnya, pastikan arnab memakan semua makanan yang diberikan. Biasanya arnab akan memilih sendiri makanan yang digemarinya dan mengabaikan bahagian makanan yang kurang digemarinya menyebabkan ia tidak mendapat jumlah khasiat yang diperlukan. Fiber atau serat merupakan khasiat makanan yang amat penting bagi arnab supaya sentiasa sihat dan amalan penggunaan gigi arnab dengan betul. 
Diet Arnab Hias Dewasa
Diet asas arnab dewasa yang sihat sepatutnya terdiri dari rumput kering beku atau rumput ternakan yang berkualiti seperti meadow hay, timothy hay, alfalfa dll bersama pelbagai sayuran segar. Diet ini perlu diperkenalkan kepada arnab secara perlahan-lahan dan hadkan makanan pelet kepada lebih kurang 2.5 oz sehari. Obesiti biasa berlaku kepada arnab hias dan mengurangkan potensi kesihatannya. Elakkan pemberian makanan yang terlalu berlebihan. Arnab memerlukan vitamin B dan bakteria sihat untuk menghazamkan makanannya. Kegagalan sistem penghazaman inilah penyebab kepada penyakit diarrhoea atau biasanya disebut cirit birit.
Diet Anak Arnab
Berikan makanan arnab (pelet) dengan kadar 2.5 - 3 oz sehari mulai usia anak arnab mencapai tiga minggu. Rumput kering beku / hay perlu sentiasa ada dengan jumlah yang tidak terhad untuk anak arnab dalam usia ini.
Hay / rumput kering beku / alfalfa sangat berpengaruh terhadap kesihatan arnab kerana kandungan fiber / roughage yang mana amat membantu dalam penghazaman, mencegah g.i.stasis dan gumpal bulu (hairballs) serta menjaga bentuk gigi arnab yang sihat. Hay / rumput kering beku / alfalfa perlu sentiasa diberikan kepada semua jenis arnab tanpa had.
Makanan (pelet) arnab mestilah sentiasa dalam keadaan baik. Menyimpan stok makanan terlalu lama (melebihi 3 bulan) akan menyebabkan kualiti makanan menurun dan kehilangan nilai khasiat makanan.
Arnab bergantung kepada populasi bakteria sihat yang stabil dalam perutnya. Perubahan diet perlu dibuat secara berkala bagi mengelakkan perubahan jenis bakteria perut yang mengejut kerana fenomena ini menyebabkan diarrhoea (cirit). Diarrhoea boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat.
Air
Arnab minum tidak mengira masa. Oleh itu air perlu sentiasa mencukupi untuk arnab. Air perlu sentiasa bersih. Pastikan air minuman tidak bercampur dengan tumpahan makanan atau tinja arnab. Gunakan botol dengan niple (sipper) sebagai kemudahan membekalkan air minuman untuk arnab.
Penjagaan Gigi Arnab
Gigi arnab berbeza dengan gigi manusia. Gigi arnab setiasa bertumbuh. Masalah utama gigi arnab ialah pertumbuhan molar berlebihan dan tonjolan enamel. Fenomena ini berpunca dari diet arnab yang tidak sempurna terutamanya tidak memakan jumlah fiber yang cukup. Pemakanan bahan makanan berfiber akan mengakis permukaan gigi arnab yang sentiasa bertumbuh dan mengekalkan bentuk gigi yang sesuai.
Vaksinasi & Penjagaan Kesihatan
Penjagaan arnab sepatutnya termasuk vaksinasi cegahan VHD (Viral Haemorrhagic Disease) setiap tahun, Myxomatosis 2 tahun sekali dan rawatan kecacingan 2 kali setahun.
  •  Vaksinasi cegahan VHD (Viral Haemorrhagic Disease) tidak boleh diberikan dalam tempoh 2 minggu daripada Myxomatosis.