dengan kadar kos sesebuah perniagaan pada masa kini, kita sebagai pemilik syarikat dan bakal memulakan perniagaan harus tahu apa itu CFS dan COS.
>> Apakah definisi 'Majikan'?
Majikan adalah orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat
kontrak perkhidmatan atau perantisan
Majikan termasuklah:
a. Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji
atau upah kepada seseorang pekerja
b. Mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau
diperbadankan
c. Mana-mana Kerajaan, jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak
berkuasa tempatan atau badan-badan lain yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua,
Akta KWSP 1991
>> Apakah definisi 'Pekerja'?
Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu
kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu
boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
>> Adakah ditetapkan umur minimum yang diwajibkan
mencarum?
Tiada had umur minimum yang ditetapkan. Setiap pekerja adalah
bertanggung (liable) untuk mencarum.
Walau bagaimanapun di bawah Act 350, Child And Young Persons
(Employment) Act 1996 (Revised 1998) Employment - had umur minimum adalah 14
tahun.
>> Apakah maksud Caj Lewat Bayar dan Dividen ke atas caruman
yang lewat dibayar?
Caj Lewat Bayar merupakan denda yang dikenakan kepada majikan mengikut
peruntukan Seksyen 49(1) Akta KWSP 1991 kerana gagal membayar caruman dalam
tempoh yang ditetapkan oleh KWSP.
Selain daripada faedah, majikan juga dikehendaki membayar dividen yang
sepatutnya terakru ke atas caruman yang lewat diterima bagi tiap-tiap satu
bulan mengikut kadar dividen semasa yang ditetapkan oleh Lembaga KWSP bagi
tahun berkenaan.
>> Apakah maksud 'Caruman'?
Caruman adalah potongan wajib dari gaji pekerja yang merupakan syer
pekerja beserta dengan tambahan syer majikan yang perlu dicarumkan dalam tempoh
yang ditetapkan. Caruman bagi sesuatu bulan merupakan potongan gaji bulan
sebelumnya.
Majikan hendaklah membayar caruman berdasarkan kadar yang dinyatakan di
dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.
(tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Contoh:
Syer pekerja bagi potongan gaji bulan Januari 2014 bersama-sama dengan
syer majikan hendaklah dibayar sebagai caruman Februari pada atau sebelum 15
Februari 2014
>> Apakah maksud 'Bulan Caruman'?
Bulan caruman bermaksud bulan di mana caruman wajib dibayar berdasarkan
bulan gaji sebelumnya. Sebagai contoh untuk gaji bulan Januari 2014, bulan
caruman adalah Februari 2014 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15
Februari 2014.
>> Apakah maksud 'Orang gaji domestik'?
Orang gaji domestik adalah sepertimana yang ditakrifkan oleh Seksyen 3,
Akta Pampasan Pekerja 1952. Antara lainnya :
a. Pembantu rumah
b. Tukang Masak
c. Tukang Kebun
d. Tukang cuci
e. Pengasuh (baby sitter), pemandu dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment