Tuesday, 24 April 2018

apa itu jenis-jenis kontrak pengambilan pekerja

assalamualaikum semua...

dengan kadar kos sesebuah perniagaan pada masa kini, kita sebagai pemilik syarikat dan bakal memulakan perniagaan harus tahu apa itu CFS dan COS.


>> Apakah definisi 'Majikan'?
Majikan adalah orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan

Majikan termasuklah:
a. Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja
b. Mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan 
c. Mana-mana Kerajaan, jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau badan-badan lain yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Akta KWSP 1991

>> Apakah definisi 'Pekerja'?

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.

>> Adakah ditetapkan umur minimum yang diwajibkan mencarum? 

Tiada had umur minimum yang ditetapkan. Setiap pekerja adalah bertanggung (liable) untuk mencarum. 

Walau bagaimanapun di bawah Act 350, Child And Young Persons (Employment) Act 1996 (Revised 1998) Employment - had umur minimum adalah 14 tahun.

>> Apakah maksud Caj Lewat Bayar dan Dividen ke atas caruman yang lewat dibayar?

Caj Lewat Bayar merupakan denda yang dikenakan kepada majikan mengikut peruntukan Seksyen 49(1) Akta KWSP 1991 kerana gagal membayar caruman dalam tempoh yang ditetapkan oleh KWSP.

Selain daripada faedah, majikan juga dikehendaki membayar dividen yang sepatutnya terakru ke atas caruman yang lewat diterima bagi tiap-tiap satu bulan mengikut kadar dividen semasa yang ditetapkan oleh Lembaga KWSP bagi tahun berkenaan.

>> Apakah maksud 'Caruman'?

Caruman adalah potongan wajib dari gaji pekerja yang merupakan syer pekerja beserta dengan tambahan syer majikan yang perlu dicarumkan dalam tempoh yang ditetapkan. Caruman bagi sesuatu bulan merupakan potongan gaji bulan sebelumnya.  
Majikan hendaklah membayar caruman berdasarkan kadar yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. 
(tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Contoh:
Syer pekerja bagi potongan gaji bulan Januari 2014 bersama-sama dengan syer majikan hendaklah dibayar sebagai caruman Februari pada atau sebelum 15 Februari 2014

>> Apakah maksud 'Bulan Caruman'?

Bulan caruman bermaksud bulan di mana caruman wajib dibayar berdasarkan bulan gaji sebelumnya. Sebagai contoh untuk gaji bulan Januari 2014, bulan caruman adalah Februari 2014 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 Februari 2014. 

>> Apakah maksud 'Orang gaji domestik'?

Orang gaji domestik adalah sepertimana yang ditakrifkan oleh Seksyen 3, Akta Pampasan Pekerja 1952. Antara lainnya :
a. Pembantu rumah
b. Tukang Masak
c. Tukang Kebun
d. Tukang cuci
e. Pengasuh (baby sitter), pemandu dan seumpamanya.