Fungsi EM4
a) Mesra alam iaitu tidak memberi efek negatif terhadap benda hidup.
b) Memperbaiki sistem penghadaman arnab ke arah lebih baik.
c) Meningkatkan tahap tumbesaran arnab.
d) Mengurangkan penghasilan bau busuk daripada najis arnab.
e) Mengurangkan pembiakan lalat, sekali gus mengurangkan kadar penyebaran penyakit terhadap arnab anda.
f) Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik untuk melawan patogen berbahaya yang menyerang arnab.
g) Menghasilkan pendapatan sampingan iaitu baja organik tinja arnab yang baik untuk tumbesaran tumbuhan.
Manakala, berikut merupakan cara menyimpan EM4 :
a) Sila simpan di kawasan kurang haba dan tidak bergoyang.
b) Sila gunakan EM4 yang telah dibuka serta merta.Penjagaan yang baik membolehkan EM4 bertahan selama 2 bulan.
c) Sila lepaskan gas yang terhasil dalam botol setiap hari dan ketatkan semula.
d) Sila perhatikan perubahan bau EM4 setiap hari. Bau EM4 ialah masam-masam manis (seperti buah plum) dan jika berbau seperti telur tembelang, jangan gunakan lagi.
Berikut pula merupakan cara menggunakan EM4 :
a) Sila gunakan air tidak berklorin untuk mencampurkan EM4 dalam penggunaan terhadap arnab anda.
b) Sila campurkan 0.75 liter EM4 dengan 1.5 liter air tidak berklorin. Air campuran ini boleh digunakan sebagai air minuman arnab anda setiap hari. Campuran ini boleh juga digunakan sebagai air semburan pada sangkar arnab anda untuk menggurangkan bau najis arnab dan mengelakkan kehadiran lalat.
No comments:
Post a Comment