Monday, 31 October 2011

HIDROPONIK TAKUNG BAGI SAYUR-SAYUR, BUAH DAN BUNGA


Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah. Selain daripada sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga boleh ditanam secara hidroponik. Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari yang cukup.
Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:
Takung Hidroponik

Takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.
Penutup Takung/ Penutup Polisterin
Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup hendaklah mempunyai lubang-lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.
Bakul Semaian

Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang atau perca-perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan perca kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja.
Penyediaan Larutan Baja Hidroponik

Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu. Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan.

Menyemai
Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1-2 pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih dari terendam dalam larutan.
Penjagaan

Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan takung terlindung dari air hujan. Kawalan serangga / penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak dengan tangan. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.
Perhatian
Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok dan permukaan air untuk pernafasan akar. Gunakan media dal larutan yang baru untuk setiap penanaman. Basuh dengan sempurna takung, penutup dan bakul media selepas setiap penanaman.
Kaedah ini adalah salah satu cara tanaman yang paling senang, murah dan juga mudah dilaksanakan. Semua golongan masyarakat yang berminat boleh mencuba dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Ia boleh dibuat sebagai hobi atau jika dibuat besar-besaran, sistem ini boleh memberi hasil yang lumayan kepada petani-petani dan juga suri rumah.
Sayur-sayuran yang ditanam dengan cara ini segar, bersih dan rasanya manis. Ia boleh juga dimakan segar kerana kurang penggunaan racun. Selain dari sayur-sayuran kaedah ini juga boleh digunakan untuk menanam bunga-bungaan. Bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang dihasilkan didapati berkualiti dan bermutu tinggi.

Thursday, 20 October 2011

Rumput Israel

Rumput Israel


Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saya. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah

Sunday, 2 October 2011

RABBIT SUPPLEMENT *EM4


Fungsi EM4

a)      Mesra alam iaitu tidak memberi efek negatif terhadap benda hidup.
b)      Memperbaiki sistem penghadaman arnab ke arah lebih baik.
c)      Meningkatkan tahap tumbesaran arnab.
d)      Mengurangkan penghasilan bau busuk daripada najis arnab.
e) Mengurangkan pembiakan lalat, sekali gus mengurangkan kadar penyebaran penyakit terhadap arnab anda.
f)  Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik untuk melawan patogen berbahaya yang menyerang arnab.
g)   Menghasilkan pendapatan sampingan iaitu baja organik tinja arnab yang baik untuk tumbesaran tumbuhan.

Manakala, berikut merupakan cara menyimpan EM4 :

a)   Sila simpan di kawasan kurang haba dan tidak bergoyang.
b)  Sila gunakan EM4 yang telah dibuka serta merta.Penjagaan yang baik membolehkan EM4 bertahan selama 2 bulan.
c)   Sila lepaskan gas yang terhasil dalam botol setiap hari dan ketatkan semula.
d)   Sila perhatikan perubahan bau EM4 setiap hari. Bau EM4 ialah masam-masam manis (seperti buah plum) dan jika berbau seperti telur tembelang, jangan gunakan lagi.

Berikut pula merupakan cara menggunakan EM4 :

a)   Sila gunakan air tidak berklorin untuk mencampurkan EM4 dalam penggunaan terhadap arnab anda.
b)      Sila campurkan 0.75 liter EM4 dengan 1.5 liter air tidak berklorin. Air campuran ini boleh digunakan sebagai air minuman arnab anda setiap hari. Campuran ini boleh juga digunakan sebagai air semburan pada sangkar arnab anda untuk menggurangkan bau najis arnab dan mengelakkan kehadiran lalat.


TIPS BELAAN ARNAB



(TIPS PENJAGAAN ARNAB)
pyramid pemakanan arnab..saya mahu berkongsi bersama anda tentang penjagaan arnab secara teori bersama anda,harap anda dapat mempraktikkan dengan baik nanti..perbanyakan makanan hay untuk arnab anda,bukan pellet..semoga ia sehat slalu,arnab terlalu sensitif pada penyakit,kebanyakannya mati yang mudah saja disebabkan sakit..jadi berilah ia makanan yang teratur.supaya kita tidak sia2 kan meraka..


(TIPS PEMAKANAN LARANGAN UNTUK ARNAB BELAAN)
SALAM..hari ini saya mahu memberi informasi kepada anda semua tentang bahayanya kankung untuk arnab anda,secara am nya kita tahu behawa arnab memakan sayuran,tetapi kali ini kalau boleh saya sarankan anda untk elakkn dari memberi arnab anda sayur kangkung,kerana risiko yang bakal arnab anda dapat ialah,kembung perut yg boleh menyebabkan mati,cirit birit yg boleh menyebabkan mati..jadi oleh itu sayuran yg sesuai untuk arnab ialah seperti timothy hay dan juga alfafa hay,ingatlah,arnab anda bukan arnab liar,tetapi arnab belaan..tqvm..


(TIPS MENGKAHWINKAN ARNAB)
SALAM semua..seperti biasa hari ini saya mahu berkongsi kepada rakan2 pembaca saya tentang tajuk tips kali ini..baiklah..ramai yg agak keliru bagaimana mahi kahwinkan arnab dengan cara yang betul,sebelum kahwinkan arnab anda,haruslah anda tahu berapakah umur induk arnab anda,saranan saya ialah,pastikan arnab induk betina anda sudah berada di peringkat umur yang sesuai seperti 7 bulan ke atas,alasan saya kerana pada waktu umur begini arnab betina sudah bersedia untuk mengawan dengan arnab jantan.jangan pening kepala jika umur arnab betina dibawah 7 bulan tidak mahu berkahwin,ada juga kes tempoh matang arnab betina sehingga mencecah 1 tahun..TQVM SALAM..

(TIPS MENYUSUN KEDUDUKAN JANTINA)

SALAM semua..hari ini saya mahu berkongsi tips dengan anda semua..tentang posisi letakan dalam sel sangkat arnab atau reban arnab..baikla..hari ini saya mahu berutahu pada anda semua ialah..elakan dari meletakkan bersebelahan sesama sendiri antara jantina arnab jantan dengan jantan yag lain..kerana ini akan menigkatkan risiko pergaduhan antara 2 sel,walaupun ia tidak boleh masuk,tetapi risiko untuk jaring itu pecah adalah tinggi..jadi utk reban anda kelihatan aman..elakkan dari letak jantan sama jantan bersebelahan..tqvm..salam..

(TIPS MEMBERI HAY)
SALAM semua..hari ini saya mahu merkongsi sedikit tips secara teori untuk memberi alfafa hay,timothy hay dan juga hay2 yang lain..baiklah..berilah hay secara sedikit2 kepada arnab - arnab anda,atau jika dibeli secara bale atau petak mampat,usah diceraikan utk tujuan meleraikan hay itu,kerana itu akan menjadikan hay itu berterabur,kopek sedikit (agak2 bp byk nk kasi)dari petak hay yg mampat itu utk diberi kepada arnab anda..jika timothy hay pula,genggam hay itu dgn tangan anda,lalu guntingkan di kiri & kanan genggaman tangan anda,atau genggam hay itu lalu di salotapekan di tgh2 hay itu..moga tips ini dapat membantu anda sedikit tqvm....