Assalamualaikum dan salam sejartera
kepada sesiapa yang berminta untuk memelihara arnab, boleh la membaca coretan ini bagi dikongsikan pengalaman saya dan anak saya memelihara 4 ekor arnab.
arnab pilihan kami adalah terdiri daripada 4 jenis :-
1. Lion Head - 1 ekor
2. Arnab kampung - 1 ekor
3. Arnab kacukan - 2 ekor
sebab kenapa saya memelihara arnab adalah bagi mendekatkan najwa (2 tahun umurnya) dengan haiwan dan melatih dia utk menjadi penyayang dan dapat jugalah memenuhi waktu terluang dia.
Arnab nie adalah haiwan yang paling sesuai utk diperihara bagi sesiapa yang berminat utk memelihara haiwan sebagai pelengkap kehidupan kita seharian tetapi kita perlu ada masa untuk menjaga dan membersihkan arnab nie setiap hari, dan yang pasti semua org tahu bahawa arnab adalah haiwan yang aksik makan , ini bermakna disamping kita kena rajin kena la juga adalah sedikit perbelanjaan untuk haiwan nie.
Makanan arnab banyak terdapat dipasaran , saya sendiri mengunakan produk bengy, produk ini harga nya sekitar RM 40 untuk satu guni 25Kg. harap2 harga nie akal kekal lah selamanya, kalau tak kena la tambahkan perbelajaan, disamping makanan berbentuk pallet saya sendiri sediakan makanan hijau seperti kangkung, sawi , kailam, pokok nie boleh la ditanam sendiri, disamping kita boleh juga makan, boleh la bagi lebihan pada arnab, ini boleh mengurangkan pembaziran dan secara tak langsung adanya satu kitaran hidup, dimana najis arnab juga saya gunakan untuk sediakan baja kompos untuk digunakan pada sayuran yang saya tanam nie.
membuat baja kompos adalah amat mudah, hanya campurkan najis arnab nie dengan tanah dan abu daun2 yang saya bakar terlebih dahulu, berserta tanah saya masukkan sama sebilangan cacing tanah ( nak beli cacing merah tu agak mahal) masukan najis nie dgn bahan tu dan biarkan proses baja nie selama sebulan. setelah semua najis tu dah bertukar sifat kepada baja ( warna dia akan menjadi kehitaman) boleh la gunakan utk sayur2ran.
ok la utk masa nie, nanti ada kesempatan akan ditambah kemudian
No comments:
Post a Comment