Monday, 19 December 2011

Tuesday, 13 December 2011

singkatan huruf bg pertanian

Antara Perkataan, Istilah dan Singkatan Yang Biasa digunakan dalam system pertanian fertigrasi

A
A - Set baja A

AACT - Actively Aerated Compost Tea. Compost tea di gunakan untuk  mewujudkan hidupan microbes pada daun dan zone akar dalam media, dan memberi nutrients yang terlarut pada daun dan akar. Semak DOC untuk keterangan lanjut

AB - Campuran atau Baja set A dan set B
Amino Acid - 

B
B - Set baja B

C
C - Carbon/Karbon
Ca - Calcium/Kalsium
CaMg - calcium magnesium carbonate CaMg(CO3)2
CaO - Calcium Oxide

Chitosan - Produk hasil pemprosesan kulit udang atau kulit ketam utk meningkatkan pertumbuhan dan imuniti tanaman. Semak DOC untuk keterangan lanjut

Cocopeat - Serbuk sabut halus sebagai media tanaman
CIRP - Christmast Island Rock Phosphate
CMV - Cucumber Mosaic Virus

B
Bara - cili api (variety)
BM - Benificial Microb
B - Boron

Drip, Dripper, Drippern Pen - Alat penitis air

E
EC - Electrical conductivity
EC Meter - 
EM - Effective microorganisms

FAA - Fish Amino Acid (Baja NF)
FFJ - Fermanted Fruit Juice
FPJ - Fermanted Plant Juice
Foliar - Aplikasi/jenis baja sembur ke daun.
Fungi - Kulat contohnya??

GTR Chitosan (jenama chitosan) Rujuk chitosan. Semak DOC untuk keterangan lanjut

H
HCL -  hydrochloric acic
HP - kuasa kuda, biasanya merujuk kepada pam air.
HST - Hari Selepas Tanam


I
IMO - Indiginious Micro Organisms

J
JP - Jabatan Pertanian

K
K - Kalium (Bahasa M''sia atau Potassium dalam B. Inggeris)
Kapilari -  Tiub kapilari 1mm biasanya digunakan untuk menyalur air dari paip ke polibeg.
Kulai - Variati cili contohnya Kulai 568

L

M
Media - bahan yang digunakan sebagai ganti "tanah" dalam polibeg.
Microtube - Tiub kecil biasanya 4mm digunakan untuk menyalur air dari paip ke polibeg.
Mozek - Penyakit? Nama penyakit?
Mg
Mo

N
N - Nitrogen
NF - Natural Farming
Nipple - 
NPK - 

O
OHN - Oriental Herbal Nutrient
Oligo Chitosan - Rujuk Chitosan

P
Plantbac - Jenama produk - mengandungi bakteria baik utk rawatan/pemulihan tanah/cegah penyakit tanaman

Phosporus - Phosphorus (nutrient dalam baja)

Potassium - Atau Kalium dalam Bahasa M'sia - Unsur dalam baja.

Penawar - Jenama chitosan (oligo chitosan) Rujuk chitosan
pH -
ph Meter - 
PPM - Particles/Parts Per Million (sukatan)

Q
QAV - Quick Action Valve (Valve on-off/stop cock)

R
RPH - Rumah Perlindungan Hujan (semak SPH)

S
Sabut -atau Cocopeat digunakan sebagai media tanaman

Sekam - sekam atau sekam bakar habuk kulit padi yang telah dihancurkan di kilang padi diguna sebagai media tanaman.

SPH - Struktur Pelindung Hujan. Struktur bertiang dan beratap plastik (UV) untuk melindungi tanaman dari hujan.

T
TDS - Total Disolve Solid. TDS kita nak tau kandungan bahan kimia yang terlarut dalam air spat calcium carbonat dll.

TMV - Tobacco Mosaic Virus
ToMV - Tomato Mosaic Virus

U

V

W

X

Y
(cabang) Y - Cabang pokok cili berbentuk Y.

Friday, 9 December 2011

banyak cara perawatan biji benih sebelum semai, buleh guna racun thiram, provicur, 


mancozeb, selain racun kimia buleh juga guna clorox dan air panas
,
rendam biji dalam bancuhan provicur 1/2 ml/1cawan air rendan selama 20 minit...bilas bersih



 dan rendam air bersih 6 jam, kalu guna clorox 5%, dengan kadar 3bahgian clorox dan 2


 bahagian air, rendam 20 minit dan bilas, rendam air bersih,



menggunakan air panas pada 50 C agak susah dan bahaya, terlebih panas benih mati

Monday, 28 November 2011

RAHSIA TEKNOLOGI EM

Wednesday, January 7, 2009





HEBAT!!! RAHSIA TEKNOLOGI EM KINI TERBONGKAR…BAGAIMANA EFEKTIF MIKROORGANISMA @ EM BOLEH MEMBANTU DALAM SEKTOR PERTANIAN, PERIKANAN DAN PENTERNAKAN?


DENGAN RAHSIA INI…ANDA DAPAT MENGETAHUI TENTANG CARA MENGGUNAKAN EM DENGAN BETUL DAN MENDAPAT MANFAAT DARI PRODUK HEBAT INI.

MUNGKIN MASIH RAMAI LAGI YANG BELUM MENGETAHUI TENTANG EM INI…ATAU


MASIH TIDAK FAHAM CARA PENGGUNAANNYA DENGAN KAEDAH YANG BETUL DAN MEMBERI KESAN YANG HEBAT KEPADA MEREKA.


OLEH ITU…SAYA AKAN TERANGKAN SERBA SEDIKIT TENTANG RAHSIA TEKNOLOGI EM!!!

APAKAH ITU EM?
Larutan yang mengandungi bakteria berguna. EM dihasilkan melalui proses penapaian di mana mengandungi air, molasses, bakteria asid laktik, yis dan bakteria phototropik. Berwarna perang gelap dan berbau masam manis.

KEGUNAAN EMMenggunakan bakteria baik untuk memberi faedah yang berguna kepada tanaman, ternakan dan alam sekitar.


SIAPA YANG PATUT GUNA EM?
Pengusaha yang terlibat dalam sektor pertanian, perikanan, peternakan dan pengurusan alam sekitar.

KENAPA PERLU GUNA EM?

EM dapat menjimatkan kos operasi seperti mengurangkan kos buruh dan bahan kimia. selain itu, ia dapat mewujudkan sistem pertanian yang mesra alam.
Anda yang dihormati, dengan kenaikan harga barangan berkaitan pertanian seperti baja kimia, racun, makanan ternakan dan peralatan memberi kesan yang besar kepada usahawantani. Ini menyukarkan mereka untuk menangung kos operasi yang semakin meningkat. Tambahan pula harga pasaran produk yang dihasilkan tidak menentu membuatkan ramai pengusaha yang terpaksa berhenti dari menjalankan projek pertanian kerana tidak mampu bertahan kerana menangung kos yang tinggi.

Kini dengan adanya teknologi EM, dapat membantu meringankan beban yang ditanggung dengan mengamalkan rahsia yang terdapat dalam RAHSIA TEKNOLOGI EM. Cuba anda bayangkan, jika anda dapat mempelajari teknik-teknik yang betul tentang penggunaan EM dan anda akan dapat memanfaatkan dalam setiap projek pertanian yang diusahakan. Ia bukan sahaja menjimatkan kos operasi anda malah dapat menjadi anda seorang usahawantani yang berilmu. ANDA TIDAK PERLU MENGAMBIL SEBARANG KURSUS TEKNOLOGI EM YANG BERHARGA RM250-500 SEHARI untuk memahami tentang EM hanya buku panduan ini dapat membantu merealisasikan impian anda.

Faedah mengikut kategori projek:-

Ternakan lintah….menjaga kualiti air dengan lebih baik

Ternakan cacing…..memcepatkan tumbesaran dan pembiakan serta baja vermikompos yang
berkualiti

Ternakan lembu dan kambing….mengatasi masalah bau, baiki sistem pencernaan dan baja organik yang bermutu tinggi

Ternakan ayam…mengurangkan masalah bau dan lalat serta dapat hasilkan baja organik

Tanaman sayuran….produk sayur organik bebas bahan kimia dapat dihasilkan dan kawalan serangga perosak mudah dikawal

Tanaman cendawan…tingkatkan pengeluaran hasil yang lebih baik

Membuat silaj atau rumput peram dengan lebih cepat dan bermutu tinggi

Faedah yang anda bakal perolehi:
1. Anda akan dibimbing berkenaan cara-cara yang betul untuk menggunakan produk EM

2. Anda akan didedahkan dengan rahsia-rahsia dan tidak terjangkau oleh pemikiran

3. Prestasi projek yang akan jalankan akan berubah menjadi lebih baik

4. Anda dapat menghasilkan produk organik bermutu tinggi

5. Anda boleh menjadi usahawantani organik terhebat

6. Dalam bidang berasaskan pertanian anda dapat mencipta kelainan

7. Dapat menjimatkan kos operasi ladang

8. Proses untuk membuat Baja Organik dengan mudah dengan bantuan EM

9. Dapat membuat Racun Organik dengan mudah dan jimat

10. Projek pertanian organik dapat dilaksanakan dengan mudah

RAHSIA TEKNOLOGI EM mengandungi maklumat yang padat dan mudah untuk anda memahami tentang teknologi EM dengan cepat.


Antara isi kandungan yang terdapat dalam buku panduan ini adalah:-
Pengeluaran Ternakan Dengan EM
Asas penggunaan EM bagi pengeluaran ternakan
Ciri-ciri am penggunaan EM dalam pengeluaran ternakan
Bokasi sebagai bahan tambah makanan
EM dalam air minuman
Semburan EM
EM dalam kandang (animal bedding)
Pengurusan lepas bebas
Penternakan udang
Penternakan ikan
Penternakan lintah
Penternakan Cacing
Penternakan Lembu
Tanaman Cendawan
Tanaman Sayuran


MILIKI SEGERA RAHSIA INI SEKARANG!!!
Harga biasa buku panduan ini ialah RM125. Tawaran istimewa untuk jangkamasa terhad sahaja. Anda hanya perlu membayar RM 80.00 sahaja. Jangan lepaskan peluang ini!
Jika dikira nilai buku panduan ini, ia adalah terlalu tinggi dan ramai usahawantani sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mengambil kursus mempelajari Teknologi EM. Kami menawarkan harga paling rendah. Anda hanya perlu membayar RM 80.00. Faedah yang akan anda perolehi lebih tinggi nilainya daripada harga buku panduan ini. Pelaburan yang kecil ini akan mengubah kualiti serta peningkatan hasil yang memberangsangkan.



Thursday, 17 November 2011

Buku agama Q&A

Pihak iqramall telah menerbitkan satu buku agama Q&A berkaitan agama islam, nak jadi wakil jualan nie, macam mana agok nya mampu ker idak nak buat nie

Monday, 31 October 2011

HIDROPONIK TAKUNG BAGI SAYUR-SAYUR, BUAH DAN BUNGA


Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah. Selain daripada sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga boleh ditanam secara hidroponik. Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari yang cukup.
Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:
Takung Hidroponik

Takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.
Penutup Takung/ Penutup Polisterin
Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup hendaklah mempunyai lubang-lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.
Bakul Semaian

Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang atau perca-perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan perca kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja.
Penyediaan Larutan Baja Hidroponik

Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu. Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan.

Menyemai
Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1-2 pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih dari terendam dalam larutan.
Penjagaan

Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan takung terlindung dari air hujan. Kawalan serangga / penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak dengan tangan. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.
Perhatian
Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok dan permukaan air untuk pernafasan akar. Gunakan media dal larutan yang baru untuk setiap penanaman. Basuh dengan sempurna takung, penutup dan bakul media selepas setiap penanaman.
Kaedah ini adalah salah satu cara tanaman yang paling senang, murah dan juga mudah dilaksanakan. Semua golongan masyarakat yang berminat boleh mencuba dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Ia boleh dibuat sebagai hobi atau jika dibuat besar-besaran, sistem ini boleh memberi hasil yang lumayan kepada petani-petani dan juga suri rumah.
Sayur-sayuran yang ditanam dengan cara ini segar, bersih dan rasanya manis. Ia boleh juga dimakan segar kerana kurang penggunaan racun. Selain dari sayur-sayuran kaedah ini juga boleh digunakan untuk menanam bunga-bungaan. Bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang dihasilkan didapati berkualiti dan bermutu tinggi.

Thursday, 20 October 2011

Rumput Israel

Rumput Israel


Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saya. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah

Sunday, 2 October 2011

RABBIT SUPPLEMENT *EM4


Fungsi EM4

a)      Mesra alam iaitu tidak memberi efek negatif terhadap benda hidup.
b)      Memperbaiki sistem penghadaman arnab ke arah lebih baik.
c)      Meningkatkan tahap tumbesaran arnab.
d)      Mengurangkan penghasilan bau busuk daripada najis arnab.
e) Mengurangkan pembiakan lalat, sekali gus mengurangkan kadar penyebaran penyakit terhadap arnab anda.
f)  Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik untuk melawan patogen berbahaya yang menyerang arnab.
g)   Menghasilkan pendapatan sampingan iaitu baja organik tinja arnab yang baik untuk tumbesaran tumbuhan.

Manakala, berikut merupakan cara menyimpan EM4 :

a)   Sila simpan di kawasan kurang haba dan tidak bergoyang.
b)  Sila gunakan EM4 yang telah dibuka serta merta.Penjagaan yang baik membolehkan EM4 bertahan selama 2 bulan.
c)   Sila lepaskan gas yang terhasil dalam botol setiap hari dan ketatkan semula.
d)   Sila perhatikan perubahan bau EM4 setiap hari. Bau EM4 ialah masam-masam manis (seperti buah plum) dan jika berbau seperti telur tembelang, jangan gunakan lagi.

Berikut pula merupakan cara menggunakan EM4 :

a)   Sila gunakan air tidak berklorin untuk mencampurkan EM4 dalam penggunaan terhadap arnab anda.
b)      Sila campurkan 0.75 liter EM4 dengan 1.5 liter air tidak berklorin. Air campuran ini boleh digunakan sebagai air minuman arnab anda setiap hari. Campuran ini boleh juga digunakan sebagai air semburan pada sangkar arnab anda untuk menggurangkan bau najis arnab dan mengelakkan kehadiran lalat.


TIPS BELAAN ARNAB



(TIPS PENJAGAAN ARNAB)
pyramid pemakanan arnab..saya mahu berkongsi bersama anda tentang penjagaan arnab secara teori bersama anda,harap anda dapat mempraktikkan dengan baik nanti..perbanyakan makanan hay untuk arnab anda,bukan pellet..semoga ia sehat slalu,arnab terlalu sensitif pada penyakit,kebanyakannya mati yang mudah saja disebabkan sakit..jadi berilah ia makanan yang teratur.supaya kita tidak sia2 kan meraka..


(TIPS PEMAKANAN LARANGAN UNTUK ARNAB BELAAN)
SALAM..hari ini saya mahu memberi informasi kepada anda semua tentang bahayanya kankung untuk arnab anda,secara am nya kita tahu behawa arnab memakan sayuran,tetapi kali ini kalau boleh saya sarankan anda untk elakkn dari memberi arnab anda sayur kangkung,kerana risiko yang bakal arnab anda dapat ialah,kembung perut yg boleh menyebabkan mati,cirit birit yg boleh menyebabkan mati..jadi oleh itu sayuran yg sesuai untuk arnab ialah seperti timothy hay dan juga alfafa hay,ingatlah,arnab anda bukan arnab liar,tetapi arnab belaan..tqvm..


(TIPS MENGKAHWINKAN ARNAB)
SALAM semua..seperti biasa hari ini saya mahu berkongsi kepada rakan2 pembaca saya tentang tajuk tips kali ini..baiklah..ramai yg agak keliru bagaimana mahi kahwinkan arnab dengan cara yang betul,sebelum kahwinkan arnab anda,haruslah anda tahu berapakah umur induk arnab anda,saranan saya ialah,pastikan arnab induk betina anda sudah berada di peringkat umur yang sesuai seperti 7 bulan ke atas,alasan saya kerana pada waktu umur begini arnab betina sudah bersedia untuk mengawan dengan arnab jantan.jangan pening kepala jika umur arnab betina dibawah 7 bulan tidak mahu berkahwin,ada juga kes tempoh matang arnab betina sehingga mencecah 1 tahun..TQVM SALAM..

(TIPS MENYUSUN KEDUDUKAN JANTINA)

SALAM semua..hari ini saya mahu berkongsi tips dengan anda semua..tentang posisi letakan dalam sel sangkat arnab atau reban arnab..baikla..hari ini saya mahu berutahu pada anda semua ialah..elakan dari meletakkan bersebelahan sesama sendiri antara jantina arnab jantan dengan jantan yag lain..kerana ini akan menigkatkan risiko pergaduhan antara 2 sel,walaupun ia tidak boleh masuk,tetapi risiko untuk jaring itu pecah adalah tinggi..jadi utk reban anda kelihatan aman..elakkan dari letak jantan sama jantan bersebelahan..tqvm..salam..

(TIPS MEMBERI HAY)
SALAM semua..hari ini saya mahu merkongsi sedikit tips secara teori untuk memberi alfafa hay,timothy hay dan juga hay2 yang lain..baiklah..berilah hay secara sedikit2 kepada arnab - arnab anda,atau jika dibeli secara bale atau petak mampat,usah diceraikan utk tujuan meleraikan hay itu,kerana itu akan menjadikan hay itu berterabur,kopek sedikit (agak2 bp byk nk kasi)dari petak hay yg mampat itu utk diberi kepada arnab anda..jika timothy hay pula,genggam hay itu dgn tangan anda,lalu guntingkan di kiri & kanan genggaman tangan anda,atau genggam hay itu lalu di salotapekan di tgh2 hay itu..moga tips ini dapat membantu anda sedikit tqvm....

Friday, 30 September 2011

penjagaan arnab


MEMILIH SANGKAR
Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran
Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal  dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24” x 36” untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30” x 36” untuk arnab yang lebih besar.
Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.
Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.
Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih practical tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.
 p2070416
Sangkar 2 tingkat dengan ukuran 4′ x 2′ x 2′
p2070422
Sangkar hendahlah selesa, boleh memuatkan ‘Toilet tray’ dan juga bekas makanan dan minuman, sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak bosan.

Kemasan Bulu/ Grooming
Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.
Menyikat atau memberus
Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.
Sikat @ Slicker dan Berus untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com
pro-slicker20brush_s1marukanbrushsmallanis_smr40bigs_spowder-brush

untuk mendapatkannyer dan keterangan lanjut Hubungi ChubbyPetGarden
Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.
Adalah digalakan melakakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.
Membuang Gumpalan Bulu
Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnyer , kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut. Atau anda boleh memdapatkan FURMINATOR untuk menyelesaikan masalah anda.
Adakah arnab perlu dimandikan?
TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Hanrus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.
Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.
powder-shampoo
Powder Shampoo untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkanyer di ChubbyPetGarden – Online Store


MEMOTONG KUKU
Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.