Wednesday, 20 July 2011

Makanan-Makanan BERSERAT....!!!!! :)





Seringkali kita mendengar betapa pentingnya makanan berserat (fiber) untuk melakukan diet. Disamping masih banyak manfaat lain, diet dengan banyak makan makanan yang mengandung serat dapat mengurangi rasa lapar dan bahkan dapat mencegah penyerapan kalori-kalori lain.
Fiber adalah suatu nutrisi yang sangat penting, ditemukan dari sumber makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan dipisahkan menjadi dua bentuk yaitu fiber yang larut dalam air (soluble fiber) atau yang tidak larut (insoluble fiber). Fiber memiliki keuntungan kesehatan yang sangat vital, seperti menurunkan resiko penyakit diverticular, tekanan darah tinggi, diabetes type 2, kanker paru-paru dan kanker perut, seperti yang disarikan dari vision. Fiber juga dapat menurunkan kolesterol dan mempermudah gejala-gejala PMS.
Fiber diyakini dapat menurunkan resiko kanker usus dan mencegah penyakit jantung. Jika anda tidak mendapatkan cukup fiber, anda akan mengalami sembelit, diare, bawasir, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Peningkatan konsumsi fiber sangat dianjurkan, tetapi pemakian fiber terlalu banyak akan menimbulkan sakit pada bagian perut, kehilangan kalsium dan menurunnya penyerapan dan besi dan seng.
Sebaiknya, ketika anda meningkatkan konsumsi fiber, anda sebaiknya juga meningkatkan konsumsi air minum. Ini akan mengurangi peningkatan gas, yang akan mengakibatkan kekembungan.Kelompok makanan yang banyak mengandung fiber antara lain buah-buahan, sayur-sayuran dan semua jenis gandum. Makanan yang mengandung fiber tinggi harus mengandung sedikitnya satu gram fiber per 25 sampai 30 kalori.
ANDA mungin tak pernah berpikir bahwa makanan yang Anda konsumsi akan mempengaruhi kesehatan gigi. Jika Anda berpikir bahwa hanya dengan menggosok gigi setiap hari dan berkumur semua sudah beres, Anda salah. Untuk melawan sakit gigi dan membunuh bakteri, beberapa jenis makanan memiliki peran penting.
CranberriMineral yang terkandung dalam buah ini merupakan pelindung bagi gigi untuk memblok tinggalan noda yang dibuat oleh saus, kopi, anggur merah atau kola. Para imuwan di Universitas Rochester di New York menyatakan bahwa Cranberri juga dapat menghambat ezim-enzim yang dibutuhkan bakteri jahat untuk bisa hidup di gigi, juga mencegah timbulnya plak penyebab karang gigi. “Perlindungan ini berjalan efektif selama tiga hingga empat jam,” ujar Marc Liechtung, DMD, P dari New York, bila Anda tidak menyikat gigi setelahnya. Minumlah air sekitar 240 ml atau satu gelas besar air jus cranberri sebelum makan saus tomat atau makanan yang mudah meninggalkan noda di gigi agar noda itu lenyap.
WortelMakanan kegemaran kelinci ini ternyata dapat meningkatkan produksi saliva yang pada akhirnya akan mencuci mulut, mengurangi germ dan bakteri. Menurut Georgiana Donadio, DC, PhD, ahli gizi dan pendiri National Institute of Whole Health, wortel juga bermanfaat mencegah bakteri yang menyerang gigi. Konsumsi wortel mini (baby carrot) setiap hari akan membantu gigi untuk membilas sisa-sisa makanan dan bekteri yang terjebak dalam gigi.
Limau, Jeruk Limun, dan JerukVitamin dosis tinggi yang terdapat dalam buah sitrus efektif membunuh bakteri yang terbentuk oleh gula, pecahan makanan dan plak yang tertinggal di gigi. Vitamin di dalam sitrus juga mendukung fungsi kolagen yang sehat di dalam gusi dan mencegah munculnya sakit gigi. Tapi siapa yang meninginginkan jeruk sebagai snak? Tentu saja Anda bisa memerasnya dan minum segelas besar jus jeruk setiap hari agar gigi sehat.
Yogurt“Saat ph dalam mulut di atas 5,5, meningkatnya asam bakal menyebabkan gigi mengalami demineralisasi. Proses ini bakal membuat gigi menjadi busuk,” ucap seorang dokter gigi. Jimmy Wu, DDS dari San Diego, dokter gigi ini menyatakan, sesendok makan yogurt bakal segera mengembalikan kadar pH dalam mulut menjadi normal, yakni 7. Terlebih kandungan fosfat, kalsium dan kasein dalam yogurt akan membantu remineralisasi ini terjadi. Konsumsi yogurt yang tidak manis, rendah lemak merupakan cara terbaik memelihara gigi.
Buah AnggurPara ilmuwan menemukan bahwa buah anggur meningkatkan kadar darah dan kemampuan tubuh menyembuhkan dirinya sendiri. Sebuah penelitian yang dipublikasikan dalam British Dental Journal, mengungkap, konsumsi dua buah anggur sehari akan menyelamatkan gigi Anda dari perdarahan gusi. Apalagi kalau lebih dari dua buah. Segenggam misalnya.
Teh HijauAntioksidan katekin di dalam teh hijau mencegah terjadinya lubang gigi yang disebabkan oleh bakteri, serta mengurangi bau mulut. Akhiri makan dengan secangkir teh hijau untuk menyegarkan mulut Anda dan membantu ludah menghilangkan gula dan bakteri dalam mulut.
TrImZ... sEmoga bermanfaat uNtk kLian semua...... :)

fiber

Fiber VS Kalori: Cara Diet Kenyang Sepinggan Penuh

Categories: 
Dari dulu lagi bila teringat pasal diet, ramai sudah biasa dengan konsep 'Jangan Makan', potong jumlah makanan, skip makan pagi ataupun tengahari, berlapar dan mesti sakit-sakit perut. Semua ini tidak betul dan salah dari segi kesihatan dan juga konsep diet yang sebenar.

Dalam setahun dua kebelakangan ini, konsep diet 'Pinggan Kosong' dah tak boleh pakai. Sekarang ada teknik diet dipersetujui pengamal perubatan moden iaitu diet 'Pinggan Penuh'. Macam mana? Diet kini bermaksud makan sampai kenyang, tak lapar langsung tapi badan boleh jadi kurus (bagi sesetengah orang, diet cara ini dah cukup untuk mengurangkan berat badan, tak perlu lagi bersenam lama-lama kalau semata-mata mahu kurus).

1. Diet Fiber

Diet fiber maknanya makan 100% (sepinggan penuh) tapi dengan pengetahuan pemakanan sekarang, komposisi/jenis makanan terutamanya lemak diganti bahan fiber. Bila fikir pasal fiber, semua fikir pasal 'makanan tiada zat'. Fiber yang dimaksudkan disini, fiber yang boleh diserap badan, fiber yang berkualiti seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan lain-lain.

2. Cuma Kurangkan Kalori

Topik artikel ini adalah pasal kurangkan berat badan. Memang terbukti hampir 98% orang yang berjaya menurunkan berat badan dan bertahan lama dengan hasil selepas turunkan berat badan, ialah orang yang mengambil sedikit kalori. Jadi perlu ke kurangkan makan sebab mahu hilangkan berat sedangkan asas untuk turunkan berat badan ialah 'kurangkan kalori?'. Jadi sila makan kenyang-kenyang. Cuma kurangkan kalori sahaja.

Memang fiber tiada kalori tapi memang boleh buat you all kenyang. Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain ada banyak fiber dan mudah untuk didapati. Jadi menurunkan berat badan dan bertahan dengan berat badan ideal memang mudah, semuanya tentang beli makanan berkhasiat, menyihatkan di pasaraya/pasar, beli makanan yang berkualiti dari kedai makan, order makanan yang betul dalam menu, dan makan hanya ketika lapar sahaja (dan jangan berlapar).

3. Kenapa Diet Gagal

Rasa kenyang ialah hasil daripada mengambil jumlah berat atau jumlah makanan yang dimakan, rasa kenyang bukan disebabkan kerana makan kalori. Jika makan kalori, berat mesti nak tak kira samada dah kenyang ataupun belum. Jika idea diet anda amalkan sebab mahu makan kalori tapi dalam kuantiti yang kurang dari sebelumnya, anda mungkin tertekan, berlapar dan mungkin takkan berjaya.

Kebanyakan plan diet gagal sebab mengajar makan dalam kuantiti kurang sebaliknya bukan mengubah komposisi bahan makanan. Tingkatkan makan fiber dalam menu, dan anda akan ada kurang bahagian untuk makan makanan berkalori tinggi, yang menjadi punca anda gemuk. Senang sahaja.

4. Kebaikan Diet Makan Fiber Tinggi

Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, semuanya hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.

Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.

Diabetes? Fiber tidak mengandungi gula tepu, tambahan kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa 'overload'.

Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).

Lain-lain manfaat: - mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.

5. Cara Diet Fiber Sepinggan Penuh

Langkah 1:
- Makan banyak makanan mengandungi fiber.
- Minum banyak air (6 gelas sehari).
- Berhenti makan semasa tidak lapar.

Langkah 2:
- Makan banyak lagi fiber, makan fiber sebagai pembuka hidangan.
- Cuba pelbagai jenis makanan fiber yang sedap.
- Minum lagi banyak air sehari (8-10 gelas).

Jika anda satu dalam seribu yang serius pasal diet sepinggan penuh (Serius, memang satu dalam seribu yang berminat dan berdisiplin dalam diet fiber) dengan fiber, sila ikut langkah ketiga.

Langkah 3:
- Stabilkan makan fiber (40 gram sehari)
- Beri perhatian terhadap label pada setiap produk makanan
- Kurangkan makan daging dan bahan tenusu, temasuk makanan yang tinggi kalori, tinggi lemak, kurang fiber.

Wednesday, 13 July 2011

Cerita pasal Arnab lagi

Assalamualaikum....


Nie adalah sebahagian gambar yang nak di kongsikan bersama lah.


Taman Arnab bukit tinggi, tak berapa menarik, tapi ada jugak ilmu yang boleh pasal arnab kat sini


Relaks jer dia, maklum la cuaca sejuk....


Antara banyak2 yang kat bukit tinggi nie, yang nie paling comel


nie dia ubat mujarab nie, kurab siap ko


nie pulak yang dekat One stop rabbit kat ijok, berkenan aku gan baka nie, target bulan depan nak angkat sepasang


nie timun hasil mengunakan baja kompos najis arnab, 


nie belaan kat umah la, kalau lepas jer mula la nak curi sayur
Arnab nie sejenis haiwan yang cukup senang utk dipelihara, comel pun comel, yang paling penting najis dia tak ada la busuk, tapi masih perlu rajin la, kalau dah banyak sangat mustahir la kalau tak ada bau langsung.


pada sesiapa yang rasa nak ada belaan, elok la mencuba bela arnab nie........

Penerangan berkaitan Baja Kompos secara ringkas

Kesegaran bau hutan sebenarnya ialah bau humus atau tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang telah reput. Baja kompos ialah bahan organik yang telah reput. Membuat baja kompos daripada bahan buangan organik bukan sahaja dapat mengurangkan sampah, malah ia dapat menyuburkan tanah di taman atau halaman rumah anda disamping dapat membantu mengurangkan kos pembelanjaan untuk membeli baja bagi tumbuhan yang ditanam sekeliling rumah.

Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.

Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar dengan lebih sihat dan lebih cantik TANPA bahan kimia! Petani tradisional dan pemilik ladang moden di Malaysia tahu menghargai kebaikan baja kompos untuk mengkayakan tanah dan mengurangkan bahan buangan. Humus juga boleh membantu membaikpulih tanah di kawasan-kawasan seperti bekas kuari.

Hampir apa sahaja bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan yang boleh dijadikan baja kompos termasuklah bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, rumput, sayur-sayuran, kulit buah-buahan, daun kering, topi mengkuang, kulit telur, beg kertas, kertas atau karbod, daun teh, serpihan kayu, tulang-tulang kecil, serbuk kopi, serbuk papan, najis haiwan (lembu, ayam, kuda, arnab), sisa meja makan (nasi, roti) dan sebagainya.

Alam semulajadi memproses baja kompos setiap masa – apabila daun gugur ke tanah, apabila haiwan membuang najis mereka, dan apabila semua makhluk mati. Alam mempunyai komuniti khas yang membantu memecahkan bahan-bahan ini dan menukarnya kepada nutrien yang berguna kepada semua tumbuh-tumbuhan. Komuniti ini dikenali sebagai komuniti detritus, dan ia termasuklah bakteria, kulat dan cacing. Proses penghasilan baja kompos hanya memerlukan beberapa elemen asas: bahan organik, organisma tanah, air, oksigen dan haba. Sisa organik seperti daun, sayur-sayuran dan kulit buah-buahan, daun teh, serbuk kopi dan kertas tisu semuanya boleh dijadikan baja kompos.
                   
Rumput yang telah dipotong adalah bahan terbaik untuk dibuat baja kompos dan ia juga mereput dengan cepat. Sisa organik lain seperti kulit telur, kulit manggis dan bahan organik keras yang lain akan mengambil masa yang lebih untuk mereput.

Organisma tanah juga penting dalam pembuatan baja. Kebanyakan komuniti akan “muncul” perlahan-lahan apabila anda mula melonggokkan bahan ini di tanah. 

Membina Longgokan Baja Kompos
Campurkan daun reput dan tanah dari hutan atau dari belakang rumah anda. Organisma tanah telahpun berada dalam bahan ini dan akan membina komuniti baru dalam longgokan baja anda.

Kadar kelembapan yang betul juga penting untuk menghasilkan baja yang sihat. Mikroorganisma memerlukan persekitaran yang lembap untuk penghantaran nutrien. Jika timbunan itu terlalu kering, proses penghasilan baja berjalan perlahan. Jika timbunan itu terlalu lembap, tanah akan menjadi berat dan oksigen akan tertekan keluar, menyebabkan longgokan itu mereput dan berbau busuk. Longgokan harus dibiarkan lembap tetapi tidak basah, seperti span yang telah diperah. Cuba gunakan air hujan sebanyak mungkin untuk mengekalkan kelembapan longgokan.

Perlu juga diingat bahawa organisma tanah dan bakteria memerlukan oksigen untuk hidup. Tanpa bekalan oksigen yang berterusan, organisma yang penting ini akan mati dan akan digantikan dengan organisma yang anda tidak perlukan. Jika ini berlaku, longgokan baja anda akan mula berbau busuk. Untuk mengelakkan ini berlaku, longgokan baja mestilah dibalik-balikkan sekali dalam tiga minggu untuk membawa bahan yang di bawah ke atas dan sebaliknya.

Satu longgokan baja kompos mempunyai “suhu optima” di mana proses pereputan berlaku paling cepat. Walau bagaimanapun, hawa di kawasan tropika sudah cukup sesuai untuk penghasilan baja dan kita tidak perlu bimbang tentang perkara ini.

Menghasilkan longgokan baja kompos adalah perkara mudah. Sebuah rumah yang mempunyai ruang kebun yang luas memerlukan kawasan seluas kira-kira 1.21 meter hingga 1.524 meter panjang kali 1.22 meter lebar dan kira-kira 0.9144 meter tinggi. Anda boleh gunakan kayu dan dawai untuk membuat tong baja. Longgokkan baja ini sehingga separuh daripada tong, dan apabila anda membalik-balikkan longgokan, balikkannya ke setengah bahagian tong yang satu lagi. Dengan cara ini anda boleh mencampurkan bahan-bahan longgokan dan mengeluarkan baja yang telah siap dengan mudah.

Bagi kebun yang lebih kecil, anda boleh gunakan bekas air atau tong sampah buruk dengan membuat lubang pada tepi dan bawah bekas. Buatkan satu pintu yang terbuka di bawah bekas atau buangkan terus bahagian bawah tong. Dengan cara ini anda boleh mengeluarkan humus semasa menambah bahan buangan baru di bahagian atas, membolehkan proses penghasilan baja berjalan secara berterusan.

Lebih baik jika anda memotong sayuran yang besar dan kertas suratkhabar kepada cebisan-cebisan kecil untuk mempercepatkan pereputan. Elakkan dari menambah banyak buah-buahan sitrus kerana bahan ini boleh membuatkan humus terlalu berasid dan ia mungkin akan merosakkan pokok-pokok.

Juga elakkan dari menambah rumput menjalar dan biji benih yang mungkin tahan reput. Jangan tambah najis kucing atau anjing pada longgokan baja. Najis kucing mengandungi bakteria perosak yang tahan reput. Daging, tulang dan sisa makanan berlemak harus dielakkan. Bahan-bahan ini sering menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus. Tambahan pula, makanan berlemak lambat reput kerana lemak boleh menghalang kemasukan udara yang diperlukan oleh mikrob pereput untuk membuat kerja mereka.

Pokok yang tumbuh berdekatan dengan longgokan baja akan bersaing dengan mikroorganisma untuk mendapatkan nitrogen. Jika ada pokok berdekatan dengan tong baja, pastikan anda menambah banyak bahan-bahan yang kaya dengan nitrogen untuk mengurangkan kehilangan nutrien.

Jika penghasilan baja dilakukan dengan betul, longgokan tersebut sentiasa lembap dan dibalik-balikkan dengan kerap, longgokan itu sepatutnya berbau seperti daun basah atau seperti bau dalam hutan. Ia tidak sepatutnya berbau busuk!

Anda sepatutnya mula mendapat humus dalam masa tiga bulan atau kurang. Penghasilan baja kompos ialah satu aktiviti yang mudah dan boleh dijadikan sebahagian daripada rutin harian anda.

Penyediaan Baja Kompos


Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan, najis haiwan ternakan dan  sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanah.Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling mudah di sini.

berikut adalah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat baja kompos:-

  • Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.
  • Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)
  • Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.
  • Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.
  • Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria
  • Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti
  • Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.
  • kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)

Kaedah Membuatnya:
  1. Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan
  2. Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering
  3. mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi
  4. Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik
  5. Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi
  6. Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
  7. Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa yang penting baja kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya warga desa yang pastinya mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung begitu sahaja seperti sisa rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen membuat baja kompos yang dapat dijayakan oleh para pelajar sebagai satu aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja.